Utusan Borneo (Sarawak)

Varela isytihar cuti kebangsaan rai kejayaan Panama mara ke Piala Dunia 2018

-

PANAMA CITY, Panama: Presiden Panama, Juan Carlos Varela mengisytih­arkan cuti kebangsaan sebagai meraikan kejayaan negara Amerika Tengah itu melangkah ke Piala Dunia buat kali pertama dalam sejarah negara itu Rabu lepas.

“Ia satu hari bersejarah untuk negara ini. Esok ( Khamis), adalah cuti kebangsaan untuk sektor awam dan swasta,” kata Varela menerusi laman sosial Twitter Rabu lepas.

Panama bangkit dari ketinggala­n untuk menewaskan Costa Rica 2-1 Selasa lepas untuk mengesahka­n tempat ke Piala Dunia 2018 di Rusia.

Kemenangan i tu membolehka­n mereka menamatkan kempen kelayakan terakhir Zon Amerika Utara, Tengah dan Caribbean ( CONCACAF) di tangga ketiga, di belakang Mexico dan Costa Rica dan dalam masa yang sama, menyingkir­kan Amerika Syarikat (AS) dari kelayakan ke Rusia.

Ribuan penduduk Panama meraikan kejayaan pasukan bola sepak mereka sepanjang malam di ibu kota dengan bunyi hon kereta meraikan kejayaan bersejarah itu.

Walaupun bukan sukan utama di Panama, bola sepak semakin mendapat perhatian untuk menyaingi sukan utama lain seperti basebol dan tinju. — AFP PARIS, Perancis: Juara bertahan, Monaco, akan melakukan kunjungan ke Lyon hari ini tanpa penyerang sensasinya, Radamel Falcao, ketika mahu terus memberikan tekanan ke atas pendahulu Ligue 1 Perancis, Paris Saint Germain (PSG).

Skuad kendalian Leonardo Jardim itu tercicir dua mata apabila seri 1-1 dengan Montpelier di tempat sendiri dua minggu lepas dan ketinggala­n tiga mata di belakang PSG dalam liga.

Falcao beraksi dengan cemerlang musim ini, menjaringk­an 12 gol dari lapan perlawanan tetapi penglibata­n pemain itu bersama Colombia dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Amerika Selatan menyebabka­n beliau tidak dapat diturunkan pada perlawanan hari ini.

“Beliau bermain semalam (Rabu), dan kemudian beliau perlu mengharung­i perjalanan jauh untuk kembali ke sini (Monaco),” kata Jardim Rabu lepas.

“Untuk cuba menurunkan beliau menentang Lyon boleh

 ??  ?? JUARA: Pasukan Kelab Golf Bintulu diwakili ketua pasukannya, Sigar Tidan (lima kiri) menerima hadiah daripada ahli jawatankua­sa KGB.
JUARA: Pasukan Kelab Golf Bintulu diwakili ketua pasukannya, Sigar Tidan (lima kiri) menerima hadiah daripada ahli jawatankua­sa KGB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia