Utusan Borneo (Sarawak)

Liga Negara UEFA: Empat tempat dalam Euro 2020 menjadi rebutan

-

PARIS, Perancis: Empat tempat dalam Euro 2020 akan ditawarkan semasa kejohanan Liga Negara UEFA baharu, yang bermula tahun hadapan selepas badan induk bola sepak Eropah (UEFA) mengumumka­n jadual perlawanan Rabu lepas.

Format empat divisyen bermakna bahawa salah satu dari 16 pasukan ranking bawahan di Eropah akan dijamin kelayakan ke Euro 2020.

UEFA kali pertama meluluskan kejohanan ini pada 2014, dan membuat keputusan memisahkan 55 negara ke dalam empat kumpulan yang digelar ‘liga’ berdasarka­n ranking perbanding­an.

Kejohanan mengubah kempen kelayakan Euro, dengan satu pasukan dari setiap divisyen Liga Negara akan melangkah ke Euro 2020, dengan 20 slot lain akan diberikan kepada dua pasukan teratas dari 10 kumpulan perlawanan kelayakan tradisi.

Divisyen pertama terdiri dari 12 pasukan yang kuat dan akan dipisahkan kepada empat kumpulan melibatkan tiga pasukan, dengan pemenang akan bermain di final Liga Negara pad Jun 2019 untuk menentukan pemenang.

Empat pasukan ranking teratas dari setiap liga Negara yang gagal layak ke Euro dalam kempen kelayakan tradisi, akan menyertai perlawanan playoff pada Mac 2020 untuk menentukan empat slot terakhir untuk kejohanan pertama yang berlangsun­g di seluruh benua Eropah.

Tiga liga utama akan menyaksika­n empat pasukan disingkirk­an, bermakna bahawa ia mungkin satu kelebihan untuk pasukan yang disingkirk­an ke divisy- en kurang kuat sebelum edisi kedua kejohanan dengan kemungkina­n untuk kelayakan ke Piala Dunia 2022.

Liga A termasuk pasukan seperti juara dunia, Jerman, juara Eropah, Portugal, Perancis dan England.

Kemenangan 2- 0 Belanda pada perlawanan kelayakan terakhir Piala Dunia 2018 menentang Sweden Selasa lepas membolehka­n mereka mengambil slot terakhir untuk Liga A, menyingkir­kan Wales walaupun Belanda gagal layak ke Rusia, tuan rumah Piala Dunia 2018.

Perlawanan kumpulan akan berlangsun­g pada bulan September, Oktober dan November tahun hadapan.

Keseluruha­n ranking Liga Negara akan turut digunakan untuk menentukan status pilihan untuk kempen kelayakan Euro 2020. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia