Utusan Borneo (Sarawak)

RM29,000 rebutan peserta Larian UNIMAS 2017 pada 29 Oktober

-

KUCHING: Lebih RM29,000 hadiah wang tunai ditawarkan kepada para peserta Larian UNIMAS 2017 yang akan berlangsun­g pada 29 Oktober ini di Stadium UNIMAS, Kota Samarahan.

Penolong Pendaftar Kanan Pusat Sukan UNIMAS Nurhamimah Buang berkata, penganjura­n edisi kedua larian itu turut mendapat kerjasama daripada Lea Sports Centre (LSC).

UNIMAS menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM12,250 kepada pemenang bagi kategori 25 Kilometer (KM) Terbuka Lelaki dan Wanita dan 10 KM.

“Ia bertujuan merealisas­ikan misi untuk menggalakk­an lebih ramai penyertaan dalam kalangan belia tempatan yang berbilang kaum sekali gus mencapai objektif perpaduan menerusi aktiviti riadah,” katanya pada sidang media di Sarawak Plaza di sini, kelmarin.

Menurutnya, Larian UNI- MAS 2017 terbahagi kepada empat kategori melibatkan 25 KM Terbuka Lelaki dan Wanita, 10 KM: pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan pelajar sekolah, 10 KM Veteran Lelaki dan Wanita yang berusia 40 tahun dan 35 tahun ke atas; dan 5 KM Fun Run (Terbuka).

Nurhamimah berkata, pembabitan LSC secara langsung dalam edisi kali ini turut menarik perhatian peserta apabila menawarkan tajaan RM35,000 melibatkan pelbagai produk Adidas, baucar hadiah, medal dan cabutan bertuah.

Pengurus Operasi Kanan LSC Poh Siok Hoon berkata, pihaknya berbesar hati untuk bekerjsama dengan UNIMAS menganjurk­an Larian UNIMAS 2017.

Selain LSC, Level Up Fitness dan Minuman Isotonik Revive juga terlibat selaku rakan penganjur.

Menurut Nurhamimah, pihaknya menyasar lebih 1,500 penyertaan pada edisi kali selepas menerima sambutan menggalakk­an pada tahun lalu.

Sehubungan itu, tarikh tutup penyertaan dilanjutka­n sehingga 20 Oktober ini bagi membuka peluang kepada peserta untuk membuat pendaftara­n.

Setakat ini, katanya, proses pendaftara­n masih berjalan di seluruh negeri Sarawak, malah penghantar­an boleh dibuat di Pusat Sukan UNIMAS, LSC Wisma Hopoh, Sarawak Plaza, Kuching Sentral dan Adidas CityONE Megamall.

Manakala di Sibu, LSC Wisma Sanyan, LSC Parkcity Shopping Mall (Bintulu) dan LSC Imperial Mall (Miri).

Maklumat berhubung Larian UNIMAS 2017 atau UNIMAS RUN 2017 boleh didapati menerusi laman Facebook Lea Group of Companies, Pusat Sukan UNIMAS atau menghubung­i pegawai program di talian 082-581671, 082-581665 atau 082-581672. KUCHING: Pelan induk program pembanguna­n sukan Sarawak kini dirancang bagi mencapai hasrat menjadikan negeri ini sebagai sebuah kuasa sukan yang melahirkan atlet bertaraf dunia.

Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan berkata, beliau bersama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) Dr Ong Kong Swee sedang meneliti rancangan tersebut dan akan memberi taklimat mengenainy­a kepada Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

“Program ini adalah berprestas­i tinggi dan mempunyai modul sangat komprehens­if yang akan menyesuaik­an serta membangunk­an Sarawak sebagai sebuah kuasa sukan dengan atlet bertaraf dunia,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan Simposium Kejurulati­han dan Sukan dan Seminar Sains Sukan Malaysia Timur Ke-3 yang diadakan di sebuah hotel di sini, semalam.

Turut hadir Ong dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara Dato Mohd Khairi Zawi.

Selain itu, Snowdan ber- kata, kementeria­nnya juga serius untuk menubuhkan sebuah sekolah sukan yang betul di negeri ini.

“Kita tidak mempunyai sekolah sukan. Walaupun kita sudah ada SMK Tabuan Jaya sebagai sebuah sekolah sukan tetapi ia bukan 100 peratus,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, langkah seterusnya adalah membangunk­an sebuah institut sukan khas untuk atlet dan jurulatih di Sarawak.

“Mana tahu pada masa akan datang kita mempunyai universiti sukan seperti yang ada di United Kingdom.

“Kalau kita serius mahu Sarawak menjadi kuasa sukan, kita mesti melakukan yang terbaik dalam sukan,” katanya.

Simposium Kejurulati­han dan Sukan dan Seminar Sains Sukan Malaysia Timur Ke-3 berlangsun­g pada 10 hingga 12 Oktober disertai lebih 250 peserta dari seluruh negara.

Program tersebut dianjurkan bersama oleh SSC, Institut Sukan Negara, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak dan Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak Kota Samarahan.

 ??  ?? TANDA INGATAN: Mohd Khairi (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Snowdan sambil disaksikan Ong (kanan).
TANDA INGATAN: Mohd Khairi (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Snowdan sambil disaksikan Ong (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia