Utusan Borneo (Sarawak)

Peminat boling di Miri dipelawa sertai Classic Bowling Challenge edisi kedua

-

MIRI: Peminat boling dipelawa menyertai Classic Bowling Challenge edisi kedua yang akan berlangsun­g di Megalanes East Bowling Bintang Megamall, pada 25 dan 26 November depan.

Jurucakap penganjur Jestini Kaboh berkata, juara pertanding­an bakal membawa pulang wang tunai RM3,000 diikuti dengan RM1,500 tempat kedua dan ketiga akan menerima RM1,000.

Jelasnya, hadiah wang tunai turut menanti pemenang di tempat keempat hingga ke-20, iaitu tempat keempat menerima RM500, RM350 untuk tempat kelima, diikuti dengan RM300 untuk tempat keenam dan ketujuh.

Tempat kelapan hingga kesepuluh menerima RM200, manakala tempat ke-11 dan ke- 12 RM100, sementara RM50 masing-masing untuk tempat ke-12 hingga ke-20.

“Yuran pendaftara­n adalah RM280 untuk setiap peserta dan format permainan adalah 10 pin.

“Justeru itu, kita mengalualu­kan mereka yang berminat untuk bersama mengambil bahagian memeriahka­n pertanding­an ini nanti,” tambahnya.

Mereka yang berminat mengetahui lanjut berhubung pertanding­an berkenaan, boleh menghubung­i Jestini di talian 013-824 2776, Patrick Ng (019-886 4232), Pejabat Megalanes (085-430141 atau 085-430142), atau emelkan pertanyaan ke megalanese­ast@yahoo.com.

Sementarai­tu, bagiPertan­dingan Sahabat Antara Jabatan 2017 yang berlangsun­g pada 21 Ogos hingga 30 September lalu menyaksika­n kumpulan Petronas 1 Miri menjadi juara keseluruha­n terbabit.

Tempat kedua berpihak kepada pasukan Pejabat Pendidikan Miri diikuti dengan pasukan Majlis Bandaraya Miri di tempat ketiga.

Bagi Kategori Lelaki Terbaik telah dianugerah­kan kepada Hipeni Saridi, manakala Kategori Wanita Terbaik pula diberikan kepada Fatimah Ayup dari Petronas Miri.

Pertanding­an terbabit disertai sejumlah 26 pasukan daripada pebagai jabatan agensi kerajaan dan swasta.

Antaranya ialah Pejabat Kesihatan Miri, Maybank Miri, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Miri, Jabatan Pendaftara­n Miri, Jabatan Imigeresen Miri, Imperial Hotel Miri, Pustaka Miri, Wehaya Miri, LAKU Management Sdn Bhd, Jabatan kerja Raya, Hospital Miri dan Jabatan Pengangkut­an Jalan.

 ??  ?? KAMI JUARA: Pasukan Petronas 1 Miri yang menjadi juara keseluruha­n Pertanding­an Sahabat Antara Jabatan 2017 yang berlangsun­g di Miri, baru-baru ini.
KAMI JUARA: Pasukan Petronas 1 Miri yang menjadi juara keseluruha­n Pertanding­an Sahabat Antara Jabatan 2017 yang berlangsun­g di Miri, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia