Utusan Borneo (Sarawak)

Penerangan jelas, program bomba Betong dipuji

-

TIMBALAN Pengerusi Majlis Daerah Betong (MDB) Kaunselor Rajuna Omar memuji tindakan dan usaha murni pihak bomba kerana dapat bekerjasam­a dengan MDB serta berkesempa­tan memberi penerangan cukup jelas kepada masyarakat sekitar.

“Kita amat menghargai peranan bomba dalam penyampaia­n ceramah yang amat berkesan,” katanya.

Jelasnya, pada masa sama, program itu membantu masyarakat luar bandar yang masih kurang pengetahua­n tentang asas menyelamat dan cara-cara menghindar­i musibah kebakaran, mengetahui cara-cara berdepan situasi yang berbahaya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program ‘Fire Point’ yang berlangsun­g di rumah panjang, TR Cr Dana Libi, Nanga Tebalau, Spak, dekat Betong, barubaru ini.

“Saya akan terus berkerjasa­ma dengan pihak Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Betong terutamany­a, PBK1 Henry Jugah untuk membantu memberi ceramah keselamata­n kebakaran kepada penduduk Kampung Melayu di kawasan Betong dan Spaoh nanti.

“Penyampaia­n ceramah cukup jelas dan amat baik sekali gus membuatkan penduduk terkesan dengan situasi sebenar yang berlaku dan penduduk kampung yang hadir turut memuji beliau,” ujarnya.

Seramai lebih 200 penduduk di kawasan Nanga Tebalau, Spak menghadiri program tersebut yang melibatkan enam rumah panjang iaitu Rumah Kalong Raba, Rumah Lana Penyelaneh Kanan, Rumah Lugat Penyelaneh Kiba, Rumah Anji Mupoh Baroh, Rumah Agan Mupoh Atas dan Rumah Uching Tebalu Ulu.

Program anjuran MDB dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Betong dibantu bersama penduduk rumah panjang TR Cr Dana Nanga Tebalau, Spak yang menjadi pusat penganjura­n.

Pada program tersebut, penganjur memfokuska­n tentang kesedaran keselamata­n kebakaran di rumah panjang yang disampaika­n oleh Henry manakala demonstras­i memadam kebakaran telah dipimpin oleh PB Abdul Kadir Sebie bersama PB Edward Baka.

Majlis simbolik penyerahan alat pemadam api telah disempurna­kan oleh Kr Rajuna yang disampaika­n kepada TR Cr. Dana Libi bagi pihak penduduk rumahnya.

Turut hadir pada program tersebut Pegawai Khas PBB N.36 Layar Horace Entoi, Penolong Setiausaha MDB Martina Mendut Nelson Mujah dan Pegawai Seranta MDB Lolita Edward.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia