Utusan Borneo (Sarawak)

‘Pocket Park’ bawa pengunjung terokai KL secara berjalan kaki

-

‘POCKET Park’ atau dikenali sebagai ‘hutan bandar’ mini bakal menjadi antara tarikan yang mampu membawa pengunjung meneroka ibu negara dengan hanya berjalan kaki.

Projek kendalian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu diwujudkan di sekitar ibu kota bagi memberi pengalaman berbeza kepada pengunjung sekali gus mengajak mereka memilih untuk berjalan kaki dan menggunaka­n pengangkut­an awam.

Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek) DBKL Datuk Mahadi Che Ngah berkata, sasaran projek ini adalah untuk memaksimum­kan penggunaan ruang awam sebagai taman mini yang menyegarka­n dan memberi keselesaan sekali gus memperbany­akkan kawasan hijau di pusat bandar.

Bercakap kepada Bernama, beliau berkata pada masa ini, projek yang dihiasi dengan kehijauan spesies flora hutan itu sudah siap dibangunka­n di tiga lokasi iaitu di Laman Tun Perak, Laman Sultan Ismail dan Laman Medan Tuanku.

“Selain itu tujuh lagi lokasi yang sudah dikenal pasti antaranya di Taman Ain Arabia, Dataran DBKL dan Jalan Silang, masih di peringkat reka bentuk dan kesemuanya dijangka siap tahun depan.

“Dalam masa yang sama, kita juga cuba memperluas­kannya ke lokasi berpotensi yang lain dalam usaha menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar hijau,” katanya.

Mahadi berkata pihaknya juga menitikber­atkan elemen rangkaian pejalan kaki yang mampu menghubung­kan Pocket Park dengan struktur ikonik yang terdapat di Kuala Lumpur.

“Pejalan kaki boleh melepaskan penat seketika dalam suasana kesegaran hutan tropikal.

Jika ramai memilih untuk berjalan kaki dan pengangkut­an awam, jumlah kenderaan yang memasuki pusat bandar juga diharap berkuranga­n pada masa depan.

Sebelum Pocket Park dibangunka­n, DBKL akan mengadakan sesi ‘place-making’ dan ‘public engagement’ khusus bagi mengambil kira pendapat masyarakat mengenai pilihan ciri dan konsep taman itu yang diputuskan mengikut keperluan dan pandangan mereka,” katanya.

Mahadi berkata pembinaan laluan pejalan kaki di sekitar taman hijau itu perlu menepati piawaian reka bentuk yang ditetapkan selain mengutamak­an ciri-ciri keselamata­n pengguna.

Beliau mengharapk­an agar lebih banyak pihak khususnya syarikat swasta tampil bekerjasam­a dengan DBKL dalam mewujudkan Pocket Park di sekitar ibu kota. — Bernama PELANCONG dan pelawat yang mengunjung­i sebuah pusat belibelah utama di Kuala Lumpur teruja melihat kolam berwarnawa­rni yang dihasilkan sempena perayaan Deepavali yang akan disambut Rabu depan.

Kolam besar beraneka warna di bahagian tengah Pavillion KL itu berukuran garis pusat 7.62 meter dan didiasi dengan biji-bijian beras berwarna-warni untuk menampakka­n corak-corak kompleks yang melambangk­an pelbagai simbol Deepavali seperti gajah, teratai dan burung merak.

Seorang pelancong dari Denmark, Peter Harrmark, 36, berkata ini kali pertama beliau melihat hiasan tradisiona­l itu dan berasa kagum dengan kehalusan seninya.

“Pada mulanya, saya tidak menjangka ia dihasilkan daripada beras, saya tahu Malaysia akan meraikan sambutan Deepavali bulan ini tetapi saya tidak menjangka menemui (Kolam) ini di pusat beli-belah, saya sangka saya perlu pergi ke mana-mana kuil atau tempat tertentu untuk melihat kolam,” kata beliau kepada Bernama kelmarin.

Ellise Cullen, 23 , dari Australia berkata beliau berasa bertuah melawat Malaysia semasa bulan perayaan kerana memberi peluang untuk meneroka budaya tempatan di negara ini.

“Saya melancong ke India tahun lepas semasa perayaan Deepavali dan beberapa perayaan lain di sana, tetapi saya tidak sabar untuk melihat bagaimana masyarakat Malaysia meraikan Deepavali,” katanya.

Sementara itu, pengurus besar Pavilion KL (Pemasaran) Kung Suan Ai berkata hiasan kolam itu bertujuan untuk menjadi platform bagi budaya dan seni yang dapat mencermink­an indentiti Malaysia serta memeriahka­n sambutan semua perayaan di Malaysia.

“Deepavali adalah perayaan yang meraikan keindahan cahaya dan menyatukan kita bersama… perayaan ini menyatukan rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat dan kaum dalam suasana yang indah lagi harmoni,” kata beliau.

Kolam itu dihasilkan oleh lebih 100 pelajar Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing dan dipamerkan mulai kelmarin hingga 23 Okt. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? GAMBAR KENANGAN: Naib Presiden Kanan Pembanguna­n Korporat Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing Seluruh Dunia, Datuk Gail Phung (tengah) dan Pengarah Pemasaran Pavillion Kuala Lumpur, Kung Suan Ai (kanan) bergambar kenangan semasa meraikan Perayaan...
— Gambar Bernama GAMBAR KENANGAN: Naib Presiden Kanan Pembanguna­n Korporat Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing Seluruh Dunia, Datuk Gail Phung (tengah) dan Pengarah Pemasaran Pavillion Kuala Lumpur, Kung Suan Ai (kanan) bergambar kenangan semasa meraikan Perayaan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia