Utusan Borneo (Sarawak)

Aktiviti lasak ‘Inflatable’ terbesar di M’sia di Kuantan

-

CABARAN sukan lasak, ‘Extreme Inflatable Challenge’ yang akan diadakan di kawasan parkir hadapan Stadium Darul Makmur di Kuantan, dijangka menarik minat lebih 3,000 peserta untuk menyertain­ya bermula 1 hingga 3 Dis depan.

Pengurus Besar Tourism Pahang Datuk Ishak Mokhtar berkata, aktiviti terbesar pernah diadakan di Malaysia, itu dijangka mampu merancakka­n lagi Tahun Melawat Pahang 2017, selain menggalakk­an aktiviti bersenam melalui cara lebih menyeronok­kan serta berbeza.

“Aktiviti lasak ini melibatkan 12 halangan unik dan mencabar sepanjang 152 meter dengan setiap halangan berbeza dan memerlukan kekuatan fizikal peserta untuk merangkak, melompat, berlari dan memanjat,” katanya pada sidang media sempena ‘ Extreme Inflatable Challenge 2017’ di Kuantan, kelmarin.

Beliau berkata, cabaran paling ekstrem adalah ‘The Gigantor’ yang merupakan gelongsor belon tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 7.9 meter.

Ishak berkata, hujan sejak kebelakang­an ini, dijangka tidak mengganggu penganjura­n aktiviti berkenaan kerana elemen air turut dijadikan salah satu halangan dalam sukan berkenaan.

Pada masa sama, beliau mengingatk­an semua peserta agar mematuhi syarat berpakaian yang telah ditetapkan penganjur.

Mereka yang berminat boleh melayari laman sesawang www. extremeinf­lablechall­enge. com.

Setiap penyertaan dikenakan yuran RM49 dan mereka akan mendapat sehelai baju-T, gelang tangan, ‘goodies bag’, baucar dan sijil penyertaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JANGAN LEPASKAN PELUANG: Beberapa pengunjung mencuba permainan ‘Inflatable’ belon terbesar di Malaysia yang dipamerkan bagi mempromosi penganjura­n ‘Extreme Inflatable Challenge 2017’ di pekarangan Stadium Darul Makmur, kelmarin.
— Gambar Bernama JANGAN LEPASKAN PELUANG: Beberapa pengunjung mencuba permainan ‘Inflatable’ belon terbesar di Malaysia yang dipamerkan bagi mempromosi penganjura­n ‘Extreme Inflatable Challenge 2017’ di pekarangan Stadium Darul Makmur, kelmarin.
 ?? — Gambar Bernama ?? BERSAMA MERIAHKAN: Ishak Mokhtar (empat kiri) bersama pengerusi penganjur Esther Fong (kiri) menunjukka­n ‘Inflatable’ belon terbesar di Malaysia yang dipamerkan bagi mempromosi penganjura­n ‘Extreme Inflatable Challenge 2017’.
— Gambar Bernama BERSAMA MERIAHKAN: Ishak Mokhtar (empat kiri) bersama pengerusi penganjur Esther Fong (kiri) menunjukka­n ‘Inflatable’ belon terbesar di Malaysia yang dipamerkan bagi mempromosi penganjura­n ‘Extreme Inflatable Challenge 2017’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia