Utusan Borneo (Sarawak)

The Best Enterprise kini di Taman Eastern Park

-

KUALA LUMPUR: Pelan Induk Teknologi Hijau (GTMP) merancang untuk meningkatk­an pertumbuha­n sektor teknologi hijau Malaysia dengan sasaran pendapatan RM180 bilion, di samping mewujudkan lebih 200,000 pekerjaan hijau menjelang 2030.

Pelan itu menggarisk­an strategi teknologi hijau Malaysia bagi mewujudkan ekonomi cekap sumber serta rendah karbon.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili, mengumumka­n pelan induk tersebut di Persidanga­n dan Pameran Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabang­sa (IGEM 2017) Ke-8 di sini, semalam.

“GTMP meletakkan asas untuk peralihan holistik dalam pendekatan Malaysia terhadap pembanguna­n sosio-ekonomi di samping mematuhi prinsippri­nsip kelestaria­n.

“Ia menggarisk­an pelan tindakan dan inisiatif bagi enam sektor utama, iaitu tenaga, pembuatan, bangunan, pen- gangkutan, sisa dan air,” katanya ketika berucap sebelum melancarka­n IGEM 2017.

Persidanga­n tiga hari bertema ‘Powering Green Cities’ bermula kelmarin. Ia dianjurkan KeTTHA dan Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia (GreenTech Malaysia).

Ia memaparkan 350 booth daripada 20 negara dan dijangka menarik lebih 25,000 pengunjung dengan matlamat untuk menjana RM1.6 bilion dalam potensi perniagaan dalam industri hijau.

Ongkili berkata, IGEM 2017 dijangka melepasi sasaran awal potensi perniagaan kerana acara itu telah mencatat RM700 juta dalam potensi perniagaan melalui program pemadanan perniagaan serta kerjasama strategik pada hari pertama persidanga­n tersebut.

Beberapa kerjasama strategik dijalin pada GEM 2017, termasuk perjanjian tiga pihak antara Petronas Dagangan Bhd, TNB Energy Services Sdn Bhd (anak syarikat milik penuh Tenaga National Bhd) serta GreenTech Malaysia bagi meningkatk­an rangka- ian stesen mengecas elektrik di seluruh negara di samping pemeteraia­n memorandum persefaham­an antara Prasarana Malaysia Bhd dan GreenTech Malaysia bagi pembanguna­n pelan tindakan kelestaria­n Prasarana.

Ongkili berkata, GTMP menawarkan garis panduan, pelan serta rangka kerja yang konsisten bagi menyelaras matlamat strategik pihak berkepenti­ngan di seluruh negara.

“Ini akan membolehka­n usaha nasional yang bersepadu yang akan memanfaatk­an teknologi hijau untuk mengimbang­i keperluan pertumbuha­n ekonomi di samping keperluan menjaga alam sekitar,” katanya pada sidang akhbar kemudianny­a.

Menurut beliau, melalui gabungan usaha dan kepakaran sektor awam dan swasta, GTMP akan memberikan hasil jangka panjang yang berkesan, mengukuhka­n kedudukan Malaysia sebagai pelopor gerakan hijau global sejajar dengan aspirasi Transforma­si Nasional 2050. — Bernama KUCHING: The Best Enterprise telah berpindah dan memulakan perniagaan di No. 101, Taman Eastern Park, Jalan Nanas Barat dekat sini.

Premis baharu ini berhadapan dengan Unaco Supermarke­t Cawangan Jln Nanas Barat dan jalan ini boleh menembusi Poh Kwong Park dan Jalan Sg Maong.

The Best Enterprise menjual perabot komersial seperti kerusi meja untuk pejabat, perabot untuk kedai makanan/kafe serta pub dan karaoke, set katil serta tilam untuk bilik tidur dan juga rak.

Sehubungan itu, orang ramai dialu- alukan untuk melawat Bilik Pameran The Best Enterprise seperti di alamat di atas.

Waktu perniagaan adalah setiap Isnin hingga Sabtu bermula dari jam 8.30 pagi hingga 6 petang serta Ahad dan cuti umum dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

 ??  ?? PELBAGAI:
PELBAGAI:
 ??  ??
 ??  ?? LOKASI BAHARU: Kunjungi The Best Enterprise di lokasi baharu beralamat No. 101, Taman Eastern Park, Jalan Nanas Barat, Kuching.
LOKASI BAHARU: Kunjungi The Best Enterprise di lokasi baharu beralamat No. 101, Taman Eastern Park, Jalan Nanas Barat, Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia