Utusan Borneo (Sarawak)

Kemusnahan harta, nyawa dijangka meningkat

Tatkala angin kencang serta keadaan kering jejas usaha bendung kebakaran hutan di California

-

SANTA ROSA: Lebih 200 jentera bomba dan anggota bomba dari seluruh negara dikejarkan ke California kelmarin untuk membantu memadamkan kebakaran yang sudah mengorbank­an sekurang-kurangnya 23 orang dan menyebabka­n ribuan lagi kehilangan tempat tinggal.

“Ini adalah kejadian yang serius, genting dan membawa bencana,” kata ketua bomba California Ken Pimlott kepada pemberita. “Kita tidak akan bebas daripada bahaya bagi jangka waktu yang agak lama.”

Pimlott berkata selepas ia reda Selasa lepas, angin meningkat lagi kelmarin dan ribut serta keadaan kering mengganggu usaha untuk membendung kebakaran.

“Kita masih mendapat impak daripada kemarau selama lima tahun,” kata pengarah Jabatan Perhutanan dan Perlindung­an Kebakaran (Cal Fire) itu.

“Kebakaran ini dipacu oleh dasar bahan bakar yang kering,” ujarnya. “Kita sedang melihat tumbuh-tumbuhan yang hangat.”

Pimlott berkata bilangan kematian dalam kebakaran yang berlaku – antara yang paling berdarah di California – sudah meningkat kepada 23 dan dijangka akan meningkat lagi.

Sebelas kematian sudah berlaku di Sonoma County, sebuah wilayah yang menghasilk­an wain dan khususnya teruk terjejas, manakala enam orang sudah maut di Mendocino County. Dua kematian dilaporkan di Napa County dan dua di Yuba County.

Seluruh kawasan kejiranan di Santa Rosa, sebuah bandar dengan 175,000 penduduk yang merupakan pusat daerah bagi Sonoma County, hanya tinggal abu sahaja.

Ribuan orang kehilangan tempat tinggal dan 25,000 orang sudah meninggalk­an rumah mereka di Sonoma County sahaja untuk menyelamat­kan diri, menurut pegawai.

Lebih 3,500 rumah dan premis perniagaan sudah musnah termasuk beberapa kilang wain dalam daerahdaer­ah Sonoma dan Napa, pusat pengeluara­n wain di negeri berkenaan.

Seramai 600 orang dilapor- kan hilang di Sonoma County, tetapi lebih separuh daripada mereka sudah dikesan, kata Syerif Robert Giordano kepada pemberita.

“Seramai 285 orang masih ada dalam senarai orang hilang yang kami sedang cari,” katanya.

Pimlott berkata anggota bomba sedang berusaha untuk memadamkan 22 kebakaran yang sudah memusnahka­n 68,800 hektar kawasan tanah dan tenaga kerja tambahan sudah dipohon.

Beliau berkata 170 jentera bomba sudah ditempah dari negeri-negeri jiran Arizona, Nevada, Oregon dan Washington dan sebanyak 154 jentera lagi dari negeri lain di seluruh negara.

Selain itu, 60 anggota bomba dari negeri dalam perjalanan ke California untuk memberi bantuan, katanya.

“Matlamat utama kami adalah untuk membawa sumber ini ke dalam kebakaran,” kata Pimlott.

Beliau berkata 73 helikopter, 30 pesawat tangki udara dan hampir 8,000 anggota bomba kini mengambil bahagian dalam usaha untuk memadamkan kebakaran.

Presiden Donald Trump mengumumka­n bencana besar di California, untuk mengeluark­an sumber dan pembiayaan persekutua­n bagi membantu usaha memadamkan kebakaran.

Gabenor Jerry Brown mengisytih­arkan keadaan darurat di lapan daerah.

Bob Nelson, 53, yang dihentikan dalam kereta trak pikap hitamnya di satu sekatan jalan polis dekat Santa Rosa, berkata dia meninggalk­an rumahnya Ahad lalu dan kembali lagi Selasa lepas.

“Tiada kerosakan berlaku,” katanya.

“Tetapi kami disuruh keluar lagi. “Kami tidak tahu tentang rumah kami sekarang,” kata Nelson kepada AFP. “Saya tidak tahu. Ia terletak di tengah-tengah dua kebakaran.”

Michael Desmond, 63, sebaliknya tahu, dan berita adalah buruk: rumahnya merupakan satu daripada ratusan yang dimusnahka­n oleh kebakaran dalam kawasan kejiranan Coffey Park di Santa Rosa.

“Saya rasa dicabul; seperti pencuri telah masuk,” kata Desmond, yang menangis ketika dia meninjau runtuhan rumah di mana dia membesar.

Kebanyakan kerosakan di Santa Rosa dapat dilihat dari US Route 101, lebuh raya utaraselat­an yang bermula di California dan merentasi Oregon ke negeri Washington.

Hotel Sonoma County Hilton yang terletak di atas sebuah bukit di atas Route 101 adalah puing kayu rentung dan besi berpintal, sama seperti Fountaingr­ove Inn yang berdekatan.

Sebuah kedai besar K-Mart store musnah sepenuhnya dengan hanya beberapa dinding hitam sahaja yang masih berdiri.

Di antara kilang wain yang dilaporkan mengalami kerosakan adalah William Hill Estate Winery di Napa, Signorello Vineyards, Stags’ Leap dan Chimney Rock.

Kebakaran hutan biasa berlaku di barat Amerika Syarikat pada bulan-bulan yang panas dan kering tetapi, dengan 21 kematian setakat ini, kebakaran di California pada tahun ini adalah antara yang paling berbahaya dalam sejarah.

Kebakaran Griffith Park di Los Angeles County pada 1933 mengorbank­an sekurang- kurangnya 29 nyawa dan 25 lagi maut dalam kebakaran Oakland Hills pada 1991. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? RENTUNG: Pemandanga­n udara menunjukka­n beberapa rumah dan kereta yang rentung dalam kebakaran hutan di Santa Rosa, California, kelmarin.
— Gambar AFP RENTUNG: Pemandanga­n udara menunjukka­n beberapa rumah dan kereta yang rentung dalam kebakaran hutan di Santa Rosa, California, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia