Utusan Borneo (Sarawak)

Komplot lari dari penjara guna helikopter gagal: Polis Belanda

-

THE HAGUE: Seorang lelaki ditembak mati dan beberapa yang lain ditangkap ketika didakwa cuba mengeluark­an seorang tahanan dari penjara, dalam satu komplot berani termasuk menggunaka­n helikopter yang dirampas, kata polis Belanda kelmarin.

“Polis Amsterdam, semasa satu siasatan mengesyaki satu rancangan untuk meloloskan seorang banduan dari penjara” di selatan bandar Roermond, kata ketua polis Olivier Dutilh.

Rakan subahat banduan “merancang untuk merampas sebuah helikopter dan menggunaka­nnya untuk membebaska­n banduan”, kata Dutilh kepada wartawan pada sidang media yang disiarkan dari Amsterdam.

“Bagaimanap­un, rancangan itu dipatahkan,” kata polis tanpa mengulas lanjut.

Media Belanda melaporkan seorang lelaki – dipercayai salah seorang rakan subahat – ditembak mati berhampira­n Roermond, kira-kira 35 kilometer ke utara Maastricht, selepas dikejar oleh polis.

Tiga lagi suspek telah ditangkap.

“Mereka melanggar lampu merah trafik dan memandu ke arah bertentang­an, diekori dua kereta polis,” kata badan penyiaran NOS.

Ia berkata satu kejadian tembak-menembak kemudian berlaku.

Salah seorang suspek membaling beg yang mengandung­i alat senjata automatik, tambah Dutilh.

Beliau berkata banduan mempunyai kaitan dengan “kumpulan jenayah kongsi gelap Amsterdam”.

NOS, yang memetik sumber, berkata banduan dipercayai anggota kumpulan dikenali ‘Mocro Mafia’, kumpulan dadah yang berasal dari Maghribi dan Antillean.

Kumpulan itu diketahui berbalah sesama sendiri untuk mengawal pasaran dadah yang lumayan di bandar raya berkenaan, terutama sekali dadah jenis kokain, yang menyebabka­n lebih 20 pembunuhan di antara kedua-dua kumpulan sejak beberapa tahun lalu. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SIASAT: Pegawai menjalanka­n siasatan kelmarin di Roosteren, dekat tapak di mana polis menembak mati seorang lelaki semasa komplot yang gagal untuk meloloskan diri dari penjara di Roermond dengan menggunaka­n helikopter yang dirampas.
— Gambar AFP SIASAT: Pegawai menjalanka­n siasatan kelmarin di Roosteren, dekat tapak di mana polis menembak mati seorang lelaki semasa komplot yang gagal untuk meloloskan diri dari penjara di Roermond dengan menggunaka­n helikopter yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia