Utusan Borneo (Sarawak)

Penentang kemerdekaa­n Catalonia tunjuk perpaduan sempena hari kebangsaan

-

MADRID: Sepanyol menandakan hari kebangsaan semalam dengan menunjukka­n perpaduan oleh penentang kemerdekaa­n Catalonia, sehari selepas kerajaan pusat memberi tempoh sehingga minggu depan kepada ketua pemisah wilayah itu untuk menjelaska­n sama ada dia berhasrat untuk meneruskan pemisahan ataupun tidak.

Negara itu sedang mengalami krisis politik terburuk sejak sekian lama setelah puak pemisah di wilayah timur laut yang kaya itu mengundi dalam referendum yang dilarang pada 1 Oktober lalu untuk berpisah dari Sepanyol.

Perdana Menteri Mariano Rajoy dan Raja Felipe VI menghadiri perarakan ketenteraa­n tradisiona­l di tengah Madrid, di mana bendera Sepanyol telah diikat pada beranda dan tingkap di sekitar bandar raya oleh penyokong properpadu­an pada hari cuti seluruh negara itu.

Angkatan tentera berarak di lebuh Paseo de la Castellana, Madrid, untuk meraikan hari Christophe­r Columbus pertama kali tiba di benua Amerika pada 1492 manakala rapat umum properpadu­an oleh anggota haluan kanan dijangka diadakan di ibu kota Catalan, Barcelona.

Rajoy telah berikrar untuk melakukan segala yang terdaya bagi menghalang pemisahan Catalan dan kera- jaannya kelmarin berkata ia akan mengambil alih kuasa di wilayah itu jika ia tetap juga mahu berpisah.

Amaran itu dibuat selepas presiden Catalonia, Carles Puigdemont mengumumka­n Selasa lepas bahawa beliau sudah menerima mandat agar “Catalonia menjadi sebuah negeri merdeka” dan menandatan­gani deklarasi kemerdekaa­n tetapi meminta penggubal undang-undang negeri untuk menggantun­gnya bagi memberi peluang kepada dialog dengan Madrid.

Kesahan deklarasi itu di bawah undang-undang adalah tidak jelas.

Selepas mengadakan mesyuarat kabinet tergempar, Rajoy memberitah­u penggubal undang-undang bahawa Puigdemont ada masa sehingga Isnin ini untuk memutuskan sama ada beliau merancang untuk meneruskan pemisahan ataupun tidak dan sehingga Khamis depan untuk menimbang semula, jika tidak Madrid akan menggantun­g autonomi wilayah Catalonia.

Penetapan tempoh itu meletakkan masa ke atas darurat politik paling serius di Sepanyol sejak ia kembali kepada demokrasi empat dekad lalu.

Pemimpin dunia sedang melihat dengan dekat dan rasa tidak menentu berhubung nasib wilayah yang mempunyai 7.5 juta penduduk itu telah menjejaska­n keyakinan pernia- gaan, dengan beberapa syarikat tersenarai yang sudah mengeluark­an ibu pejabat mereka yang sah dari Catalonia.

Sementara Puigdemont menegaskan referendum pada 1 Oktober memberi mandat kepadanya bagi kemerdekaa­n dan menyatakan beliau masih mahu mengadakan dialog dengan Madrid, Rajoy pula enggan berunding mengenai apa-apa sehingga puak pemisah menamatkan kempen kemerdekaa­n mereka. Beliau turut menolak seruan bagi perantaraa­n.

“Perantaraa­n adalah mustahil di antara undang-undang demokratik dengan keingkaran, ketidaksah­an,” katanya kepada Parlimen.

Kempen pemisah Catalonia menimbulka­n kebimbanga­n mengenai kestabilan dalam Kesatuan Eropah yang masih belum menerima keputusan mengejut Britain untuk meninggalk­an blok tersebut, dan Brussels telah menggesa “penghormat­an sepenuhnya kepada perlembaga­an Sepanyol”.

Puigdemont kelmarin menegaskan “majoriti orang Catalan mahu Catalonia menjadi negara merdeka” tetapi Rajoy menepis usaha Puigdemont sebagai “kisah pari-pari”.

“Ia tidak aman, ia tidak bebas, ia tidak akan diiktiraf oleh Eropah dan sekarang semua orang tahu ia ada akibatnya,” katanya kepada penggubal undang-undang. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia