Utusan Borneo (Sarawak)

Banjir, tanah runtuh jejas Vietnam

Susulan hujan lebat di wilayah utara dan tengah, 37 maut, 40 hilang

-

HANOI: Sekurang-kurangnya 37 orang maut dan 40 lagi hilang apabila banjir dan tanah runtuh melanda utara dan tengah Vietnam, kata pegawai bencana semalam.

Hujan lebat membadai beberapa kawasan di negara itu pada minggu ini, dan wilayah utara Hoa Binh paling teruk terjejas dengan 11 kematian dan 21 orang hilang.

“Kami menggerakk­an semua pasukan untuk mencari mangsa yang hilang,” kata seorang pegawai bencana di wilayah itu kepada AFP menerusi telefon.

Sekurang- kurangnya 37 orang maut di enam wilayah, kata Lembaga Pengurusan Bencana Vietnam, manakala pihak berkuasa berusaha untuk mencari puluhan orang yang masih hilang.

Seorang wartawan dari Agensi Berita Vietnam dihanyutka­n oleh air sungai yang melimpah dan menenggela­mi sebuah jambatan di wilayah utara Yen Bai kelmarin.

Pihak berkuasa masih mencarinya semalam.

Imej dalam media kerajaan menunjukka­n orang berjalan dalam air setinggi paras pinggang dan kawasan hutan dimusnahka­n oleh tanah runtuh di beberapa wilayah.

Sekurang- kurangnya 18 orang ditimbus oleh tanah runtuh di wilayah Hoa Binh, dan 15 orang masih hilang semalam, menurut media kerajaan.

Seorang penduduk yang ketakutan menceritak­an ten- tang banjir buruk di bahagian lain di wilayah itu, di mana keadaan darurat telah diisytihar­kan.

“Banjir kilat itu buruk sekali. Air mengalir turun dari bukit, seperti ombak setinggi tiga meter. Trafik disekat kerana banjir,” kata Phan Ba Dien kepada laman berita yang dikawal oleh kerajaan, VNExpress.

Lapan orang dilaporkan mati di dua wilayah, Nghe An dan Thanh Hoa, kata agensi bencana itu, manakala ratusan anggota tentera dan militia dikerahkan untuk usaha menyelamat.

Sekurang-kurangnya 400 milimeter hujan melanda utara dan tengah Vietnam sejak Ahad lepas, kata agensi bencana itu. — AFP MIAMI: Angka kematian akibat Taufan Maria di Puerto Rico meningkat kepada 44 tiga minggu selepas ribut taufan itu melanda pulau tersebut, kata Gabenor Ricardo Rossello Rabu lepas.

Dalam satu kenyataan di mana beliau juga meminta lebih banyak bantuan kewangan daripada Kongres, Rossello mengemaski­ni angka kematian yang dikeluarka­n Selasa lepas setelah seorang lagi meninggal dunia kerana keretakan tulang kepala.

“Empat kematian turut disahkan berkaitan dengan leptospira,” tambah beliau yang merujuk kepada penyakit bakteria dari air kencing haiwan berjangkit.

Dengan lebih 5,700 penduduk yang tinggal di penempatan khas dan kebanyakan kepulauan masih tanpa bekalan elektrik dan air bersih, risiko daripada penyakit berjangkit masih tinggi kerana muka bumi dan infrastruk­tur masih rosak teruk ekoran taufan Kategori Empat.

Kerana itu, Rossello menambah beliau telah meminta Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk tambahan AS$ 4.9 bilion (RM21.1 bilion) di bawah program pinjaman Bencana Komuniti.

“Program ini membolehka­n pulau ini untuk mem- biayai keperluan operasi dan perbelanja­an gaji,” katanya.

Kelmarin Trump meminta Kongres meluluskan pakej bantuan kecemasan bernilai AS$29 bilion (RM124.7 bilion) kepada Puerto Rico.

Permohonan terbaharu menambah kepada “bilion yang kami jangka diterima daripada bantuan lain yang kami pohon”, kata Rossello.

Pejabat gabenor tidak menjawab pertanyaan tentang jumlah keseluruha­n permohonan bantuan, yang kini bersamaan dengan kira-kira separuh daripada hutang Puerto Rico berjumlah AS$73 bilion (RM313.9 bilion).

Taufan Maria memburukka­n lagi keadaan kepulauan itu yang diselubung­i krisis kewangan, selepas kerajaan memfailkan kebankrapa­n pada Mei lalu.

Krisis itu menyebabka­n 10 peratus penduduk meninggalk­an negeri itu sejak 2006 dengan kadar penganggur­an mencecah 12 peratus dan tahap kemiskinan pada 46 peratus.

Angka terbaharu mereka yang meninggalk­an kepulauan itu tidak diketahui tetapi dipercayai kerosakan akibat taufan Maria menyebabka­n ribuan penduduk Puerto Rico pergi ke tanah besar AS, kebanyakan­nya ke Florida. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? RUNTUH: Penduduk dilihat berkumpul di hujung jambatan yang runtuh akibat banjir di Yen Bai, Vietnam kelmarin.
— Gambar AFP RUNTUH: Penduduk dilihat berkumpul di hujung jambatan yang runtuh akibat banjir di Yen Bai, Vietnam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia