Utusan Borneo (Sarawak)

Dua suspek serang kereta api Marseille dicekup

-

PARIS: Polis Perancis yang menyiasat serangan tikaman yang menyebabka­n kematian dua wanita muda di bandar raya selatan Marseille, serangan yang diakui dilakukan oleh kumpulan Negara Islam (IS), sudah menangkap dua lelaki, kata sumber kehakiman kelmarin.

Dua lelaki itu, berusia 24 dan 29 tahun, ditangkap Selasa lepas di Toulon, kira-kira 65 kilometer ke timur Marseille.

Ahmed Hanachi, seorang warga Tunisia berusia 29 tahun, menikam kedua-dua wanita sehingga mati di stesen kereta api Saint-Charles di Marseille pada 1 Oktober lalu, sebelum dia ditembak mati oleh polis.

IS mendakwa bertanggun­gjawab, tetapi penyiasat Perancis tidak menjumpai sebarang bukti yang mengaitkan serangan itu dengan kumpulan pelampau jihad tersebut.

Sumber kehakiman berkata mengenai tangkapan itu: “Lelaki berusia 24 tahun itu mungkin pernah menerima kunjungan pembunuh, Ahmed Hanachi, dalam salah satu lawatannya ke Toulon.”

Sumber itu menambah, suspek bersama ketika mereka ditangkap.

Polis menumpukan siasatan kepada keluarga Hanachi, dan menangkap empat adik beradiknya dalam tempoh beberapa hari selepas serangan. Dua sudah dibebaskan.

Dua adik beradik lain, Anouar dan Anis, menunggu ekstradisi selepas mereka ditangkap masing-masing di Switzerlan­d dan Itali.

Penyiasat Perancis mengesyaki Anis bersubahat dalam serangan di Marseille.

Digambarka­n sebagai bekas pejuang jihad dalam kawasan Iraq-Syria, dia dijangka di- ekstradisi ke Perancis.

Menurut ketua antiterori­sme Itali, Lamberto Giannini, penyiasat Perancis sedang meneliti sama ada Anis “mengindokt­rinasi saudaranya Ahmed dan menyebabka­n radikalisa­sinya”.

Anak kedua paling bongsu antara lima adik beradik, penyerang itu tidak dike- tahui pergi ke mana-mana masjid.

Namun dia dikenali polis kerana masalah dadah dan juga masalah arak dan mempunyai sejarah jenayah kecil, menggunaka­n tujuh alias. Dia tidak ada dalam senarai pelampau yang dipantau.

Dua hari sebelum serangan itu, dia ditangkap kerana mencuri barang kedai di bandar raya timur Lyon tetapi dibebaskan pada hari berikutnya – keputusan yang menurut pejabat inspektor jeneral kerajaan (IGA) mendedahka­n “kelemahan serius” dalam sistem berhubung urusan dengan orang asing yang memiliki dokumen tidak betul. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERTINDAK: Polis bergegas ke stesen kereta api Saint-Charles di Marseille ketika serangan tikaman pada 1 Oktober lalu.
— Gambar AFP BERTINDAK: Polis bergegas ke stesen kereta api Saint-Charles di Marseille ketika serangan tikaman pada 1 Oktober lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia