Utusan Borneo (Sarawak)

10 didakwa dera pelajar universiti hingga mati

-

CHICAGO: Polis Universiti Negeri Louisiana kelmarin mendakwa 10 pemuda atas tuduhan menyebabka­n kematian seorang remaja berusia 18 tahun yang mereka dera pada bulan lepas, dan mengenakan tuduhan membunuh terhadap salah seorang tertuduh.

Pelajar sekarang dan lama universiti itu di negeri selatan Amerika Syarikat (AS) itu dituduh memaksa pelajar tahun pertama Maxwell Gruver meminum sejumlah besar arak sewaktu aktiviti inisiasi di fraternity Phi Delta Theta pada pertengaha­n September.

“Penangkapa­n pada hari ini menggarisk­an bahawa akibat daripada penderaan boleh jadi dahsyat,” presiden universiti F. King Alexander menyebut dalam satu kenyataan.

“Keluarga Maxwell Gruver akan mengabungi kehilangan­nya sepanjang hayat mereka, dan beberapa pelajar lain kini berdepan dengan akibat yang serius – semuanya kerana beberapa keputusan buruk.”

Sepuluh tertuduh didakwa atas tuduhan mendera, tetapi Matthew Alexander Naquin turut didakwa atas satu tuduhan melakukan pembunuhan cuai, kata universiti itu.

Akhbar The Advocate memperoleh­i dokumen polis yang mengenal pasti Naquin sebagai “paling agresif sewaktu kejadian penderaan” dan “bertanggun­gjawab ke atas amalan penderaan itu”.

Gruver khususnya disasari sewaktu upacara penderaan dipanggil ‘Bible Study’ – di mana peserta dipaksa minum jika mereka menjawab soalan dengan salah – kerana dia tidak disukai segelintir ahli fraterniti, The Advocate melaporkan.

Gruver dijumpai dengan denyutan nadi lemah pada keesokan pagi dan dipandu dari rumah fraterniti ke hospital, di mana dia disahkan mati.

Paras arak dalam darah Gruver adalah .495, lebih enam kali had sah, media AS melaporkan.

Selepas kematian Gruver, universiti terbabit menggantun­g semua aktiviti oleh fraterniti, dan menjalanka­n semakan semula yang berterusan ke atas urus tadbir dan pengawasan bagi apa yang dipanggil organisasi “Greek”.

Gabenor Louisiana, John Bel Edwards, mengarahka­n semakan semula yang sama di semua kolej dan universiti kerajaan, yang dijangka siap pada hujung Oktober. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia