Utusan Borneo (Sarawak)

Inisiatif dokumentas­i pembanguna­n Miri

Sumbang maklumat kepada SOSWE untuk hasil buku mengenai Miri sejak 20 tahun

- Oleh Connie Sylvia Mesa

Pelbagai pencapaian telah kita kecapi sejak lebih 20 tahun lalu, dan saya yakin masyarakat masih ingin mengetahui lanjut mengenai perkembang­an dan pembanguna­n yang telah kita capai dari semasa ke semasa.

MIRI: Orang awam dipelawa menyumbang maklumat dan rekod relevan kepada Pertubuhan Penulis Bahasa Inggeris Zon Utara Sarawak (SOSWE) untuk membantu menghasil buku mengenai pembanguna­n Miri sejak lebih 20 tahun lalu.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri ( MBM) Adam Yii berkata, MBM sentiasa menyokong sepenuhnya usaha sedemikian dalam terus membantu mempromosi­kan Miri yang mempunyai banyak nilai sejarah untuk tarikan pelanconga­n.

“MBM sentiasa mengalualu­kan usaha seperti ini dan saya difahamkan bahawa SOSWE mahu mendokumen­tasikan sejarah dan menerbitka­n buku mengenai Miri terbabit berdasarka­n buku ‘The Miri Vision’ yang telah dilancarka­n oleh kerajaan negeri dan kumpulan syarikat Samling pada tahun 1994.

“Pelbagai pencapaian telah kita kecapi sejak lebih 20 tahun lalu, dan saya yakin masyarakat masih ingin mengetahui lanjut mengenai perkembang­an dan pemban-

Adam Yii Datuk Bandar MBM

gunan yang telah kita capai dari semasa ke semasa,” katanya.

Yii berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat daripada jawatankua­sa SOSWE di pejabatnya di sini, semalam.

Hadir sama ialah Presiden SOSWE Florence Enau.

Tambahnya, penulisan mengenai perkembang­an bandar raya Miri terbabit juga sejajar sempena dengan Tahun Melawat Miri 2018.

Terdahulu, Setiausaha SOSWE Jennie Soh memberitah­u, pihaknya telah didekati oleh warga Miri juga Pengarah Boulevard Shopping Mall Miri, Roland Tan untuk menulis mengenai pembanguna­n Miri selama lebih 20 tahun berkenaan.

“Setelah melihat idea diberikan Roland, kami berbesar hati bersetuju bagi melaksanak­an usaha terbabit secara sukarelawa­n.

“Diharapkan usaha ini mendapat sokongan daripada kesemua pihak untuk berkongsi dan menyalurka­n maklumat, rekod mahupun gambar lama bagi rujukan penulisan buku itu kelak terutamany­a sempena dengan Tahun Melawat Miri pada tahun depan,” ujarnya.

Pihak SOSWE katanya merancang untuk melengkapk­an penulisan mengenai buku Miri terbabit dalam tempoh enam hingga sembilan bulan.

Antara penulisan yang akan diselitkan dalam buku terbabit ialah Feri Hospital (1970), Feri Lutong ( 1940), Kelab Gymkhana Miri (1913), Jeti Miri, Jalan Bendahara ( 1950), Grand Old Lady, Pulau Melayu, Bandaraya Miri (1980), Bukit Kanada, Pejabat Daerah dan Residen Miri, Lambir, Jambatan Lama Lutong, perhentian bas Miri, hospital lama Miri dan lain-lain lagi.

Mereka yang ingin menyalurka­n maklumat berkaitan atau untuk pertanyaan, boleh e- melkan kepada soswe1997@gmail.com atau jsohyankho­on@gmail.com.

Mengenai pertubuhan SOSWE, boleh dilayari di laman sesawang http://soswe. org atau laman Facebook Society of English Writers Northen Zone.

 ??  ?? UNTUK PEMBANGUNA­N MIRI: Adam Yii (tiga kiri) bergambar bersama Roland Tan (kiri) dan jawatankua­sa SOSWE pada sesi kunjungan hormat di pejabatnya di Miri, semalam.
UNTUK PEMBANGUNA­N MIRI: Adam Yii (tiga kiri) bergambar bersama Roland Tan (kiri) dan jawatankua­sa SOSWE pada sesi kunjungan hormat di pejabatnya di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia