Utusan Borneo (Sarawak)

Peruntukan diagih untuk pembanguna­n setempat

Masyarakat digesa tidak buat spekulasi peruntukan RM5j diagih kepada setiap konstuensi: Penguang

- Oleh Connie Sylvia Mesa

MIRI: Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil menggesa masyarakat setempat supaya tidak membuat spekulasi mengenai peruntukan RM5 juta diagih kepada setiap konstuensi untuk kegunaan pembanguna­n setempat.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Marudi itu, beliau seringkali dipersoal mengenai peruntukan terbabit di laman sosial media.

”Saya sering melihat soalan bertanyaka­n mengenai ke mana peruntukan terbabit diguna. Untuk maklumat peruntukan berkenaan diagih kepada setiap kawasan kampung dan rumah panjang bagi melaksanak­an pelbagai projek pembanguna­n termasuk kerja menaik taraf jalan.

“Projek tersebut kemudian akan dilaksana pelbagai pihak berkaitan termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran, serta agensi lain.

“Apa kita lakukan ialah mencadangk­an projek perlu dilaksana dengan menggunaka­n peruntukan yang di-

Untuk maklumat peruntukan berkenaan diagih kepada setiap kawasan kampung dan rumah panjang bagi melaksanak­an pelbagai projek pembanguna­n termasuk kerja menaik taraf jalan.

agih dan tidak menggunaka­n dana tersebut untuk tujuan lain,” tegasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat khas bersama ketua masyarakat Marudi di Majlis Bandaraya Miri di sini, Khamis lalu.

Jelasnya, beberapa pihak telah membuat komen buruk di laman sosial Facebook mengenai keadaan beberapa jalan di Marudi rosak termasuk mendakwa beliau menyalahgu­nakan peruntukan terbabit untuk diri sendiri.

“Seperti pernah saya katakan sebelum ini. Jalan MiriMarudi akan selesai pada Mac 2019, tetapi kerja berkenaan telah diawalkan daripada jadual yang ditetapkan.

“Manakala beberapa bahagian jalan lain rosak adalah disebab cuaca terutama musim hujan, walaupun selepas diletak batu-batuan di jalan tersebut.

“Bagaimanap­un, hujan lebat menyebabka­n batu kerikil tersebut tenggelam ke dalam lumpur akibat hujan,” jelasnya.

Ujar Penguang, beliau kesal sesetengah pihak hanya mencari kesalahan pihaknya dengan menunjuk keadaan jalan rosak tetapi tidak memapar bahagian jalan dinaik taraf malah hakikatnya terdapat projek siap awal daripada jadual.

Beliau menegaskan masyarakat setempat agar lebih bersikap masuk akal dan tidak menghasut rakyat untuk membenci kerajaan, sedangkan kerajaan melalui setiap wakil rakyat melakukan terbaik membantu meningkatk­an kemudahan bagi kegunaan rakyat.

Menyentuh mengenai projek Miri-Marudi tersebut, jelas Penguang, CMS Road Sdn Bhd (CMS) hanya menerima surat kelulusan untuk projek terbabit bulan lepas, namun telah memulakan projek berk- enaan terdahulu.

“Jika diberikan projek tersebut kepada kontraktor lain, mereka mungkin tidak akan melaksanak­an kerja berkenaan selagi tidak menerima surat kelulusan, disebabkan tidak akan mendapat sebarang pembayaran.

“Tetapi atas dasar komitmen dan keprihatin­an CMS untuk membantu rakyat, mereka melaksanan­akan kerja sebelum menerima surat kelulusan tersebut.

Datu Dr Penguang Manggil Menteri Muda Kerajaan Tempatan

“Justeru, jangan hanya menghasut atau menuding jari sahaja tanpa mengetahui hal yang sebenarnya,” ujarnya sambil menambah beliau sedaya upaya untuk membantu rakyat di konstuensi­nya.

Hadir sama dalam sidang media berkenaan ialah Jurutera JKR Bahagian Miri Chong Chi Fam dan Ketua Pegawai Eksekutif CMS Roads Lim Jit Yaw.

 ??  ?? SERAH TUGAS: Maureen (depan kiri) menerima nota serah tugas sebagai Ketua Balai Marudi dari Zulbada (depan kanan).
SERAH TUGAS: Maureen (depan kiri) menerima nota serah tugas sebagai Ketua Balai Marudi dari Zulbada (depan kanan).
 ??  ?? SIDANG MEDIA: (Duduk tiga kiri) Penguang bersama yang lain pada sidang media yang diadakan di sini, Khamis lalu.
SIDANG MEDIA: (Duduk tiga kiri) Penguang bersama yang lain pada sidang media yang diadakan di sini, Khamis lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia