Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli PERKOBF dipelawa sertai pratikal mengecat, baik pulih tadika

-

SIBU: Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F (PERKOBF) Zon Tengah menjemput semua ahli-ahlinya untuk menyertai Program Akreditasi Tanggungja­wab Sosial (ASR) Nangka - Latihan Praktikal Kerja Mengecat dan Membaik Pulih Tadika pada 27 Oktober ini.

Pengerusin­ya Jawi Anom berkata, venue program itu akan diadakan bertempat di Tadika Saberkas Green Road di Jalan Masjid di sini.

Jawi memberitah­u, program ini akan diadakan selama dua hari iaitu 27 Oktober pada jam 2.30 petang dan 28 Oktober jam 8 pagi untuk penutupann­ya.

“Program ini adalah anjuran ASR Nangka dengan kerjasama Kementeria­n Kerja Raya, Bahagian Pembanguna­n Kontraktor dan Usahawan (BPKU) Sarawak, Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), ABM dan PERKOBF.

“Kami telah bekerjasam­a dengan ASR Nangka menjayakan program ini,” katanya pada sidang media di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Hadir sama ialah Naib Presiden II PERKOBF Negeri Sarawak yang juga Timbalan Pengerusi PERKOBF Zon Tengah Jimbau Galau, Setiausaha PERKOBF Zon Tengah July Vencent serta ahli-ahli yang lain.

Beliau berkata, semua ahli PERKOBF dikehendak­i hadir kerana akan dianugerah­kan sebanyak 15 markah CCD bagi yang mempunyai kad hijau dan diberi Sijil Kekerapan Penguasaan (SKP).

“Bagi mereka yang tidak mempunyai kad hijau, mereka akan diberikan markah 15 CCD sahaja,” ujarnya lagi.

Justeru, ahli berminat diminta untuk mengambil borang penyertaan program dan ia hendaklah dikembalik­an beserta salinan kad pengenalan dan dua keping gambar berukuran pasport.

Tarikh akhir untuk menghantar peryertaan ialah pada 18 Oktober ini. Borang penyertaan boleh diambil dengan menghubung­i July di talian 011-22228622.

Sebarang pertanyaan lanjut juga dikemukaka­n dengan menghubung­i Jawi di talian 019- 8271076 atau Jimbau (019-8278779).

Penutupan program ini dijangka disempurna Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Dr Annuar Rapa’ee pada 28 Oktober ini jam 10.30 pagi.

 ??  ?? SERTAI KAMI: Jawi (dua kiri), Jimbau (kiri), July (tengah) serta yang lain pada sidang media di Sibu, semalam.
SERTAI KAMI: Jawi (dua kiri), Jimbau (kiri), July (tengah) serta yang lain pada sidang media di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia