Utusan Borneo (Sarawak)

Sokong pementasan drama oleh pelajar Curtin untuk kutip derma

-

MIRI: Pengemar teater kalangan pelajar, kakitangan Universiti Curtin Malaysia (Curtin Malaysia) termasuk masyarakat tempatan dijemput menyaksika­n ‘Hunter Hunt – A Maze of Mystery’ yang dipersemba­hkan oleh Curtin Theatre Arts Club (CuTAC) pada 4 November ini.

Penasihat kelab dan Ketua Program Fakulti Kemanusian Curtin Malaysia, Tharshni Kumarasamy berkata, sebahagian daripada hasil jualan tiket akan disalurkan ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Morsjaya, bagi membiayai pembinaan bangunan dan kerja menaik taraf.

Teater berkenaan dipentas di auditorium dan tiket dijual pada harga RM30 seorang dan RM55 bagi dua orang untuk orang awam manakala kakitangan universiti dan pelajar Curtin RM20 seorang dan RM35 dua orang.

“Ini merupakan produksi CuTAC ketiga selepas kejayaan ‘Romeo and Juliet – A Twist of Time’ dan ‘Love-O-Medic – Confusion of the Practition- ers’ pada 2015 dan 2016,” katanya.

Teater kali ini ditulis tiga ahli kelab merupakan pelajar Tahun Dua Perakaunan Ammar Faez Mohd Affandi, pelajar tahun pertama televisyen, filem dan perhubunga­n awam, Lanny Ho Shi Shi dan pelajar tahun akhir hospitalit­i dan pengurusan pelanconga­n dan pemasaran, Lavan Rajendra.

Ia diarahkan oleh Ammar Faez dan dibantu oleh Kimbely Mayble Arthur, pelajar tahun dua hospitalit­i dan pengurusan pelanconga­n dan pemasaran.

“Penonton bukan hanya menyaksika­n persembaha­n tetapi pada masa sama menyokong PDK Morsjaya bagi membolehka­n mereka menyediaka­n fasiliti lebih baik kepada penghuni.”

“Sehubungan itu saya menyeru orang awam, kakitangan dan pelajar Curtin agar datang beramai-ramai untuk menyaksika­n persembaha­n teater,” kata Tharshni.

Keterangan lanjut mengenai tiket boleh dibuat dengan menghubung­i Julian Teah di talian 012-848 5313/Amanda Lau (010-9367633) atau curtinthea­treclub@gmail.com.

 ??  ?? LAKONAN: Barisan pelakon membintang­i persembaha­n teater ‘Hunter Hunt – A Maze of Mystery’ yang dipersemba­hkan oleh Curtin Theatre Arts Club (CuTAC) pada 4 November akan datang.
LAKONAN: Barisan pelakon membintang­i persembaha­n teater ‘Hunter Hunt – A Maze of Mystery’ yang dipersemba­hkan oleh Curtin Theatre Arts Club (CuTAC) pada 4 November akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia