Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tahan beberapa individu dipercayai rancang serangan

-

KUALA LUMPUR: Polis menahan beberapa individu di Kelantan dipercayai terlibat merancang melakukan serangan di negara ini. Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahka­n perkara berkenaan, bagaimanap­un enggan mengulas lanjut dan berkata satu kenyataan media akan dikeluarka­n dalam masa terdekat.

“Memang ada tangkapan dibuat dan mempunyai kai- tan dengan usaha mereka (suspek) melakukan serangan di sasaran tertentu,” katanya ketika ditanya pemberita mengenai tangkapan melibatkan pelajar sekolah yang dipercayai memiliki dan mempunyai kemahiran menghasilk­an bahan letupan di Kelantan.

Sementara itu, Mohamad Fuzi berkata sebanyak 27 laporan polis telah diterima sebagai bantahan kepada perhimpuna­n ‘Sayang Malaysia, Hapuskan Kleptokras­i’ yang dirancang diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya hari ini.

Katanya, pihaknya tetap tidak membenarka­n perhimpuna­n berkenaan meskipun Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah memberi kebenaran.

“Kami tidak setuju perhimpuna­n di situ walaupun MBPJ telah beri kebenaran kepada penganjur berhimpun kerana mengambil kira pelbagai faktor antaranya kesesakan lalu lintas,” katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai dua anggota polis trafik yang maut selepas terlibat dalam kemalangan di KM 139 Jalan Kuala Terengganu­Kuantan kelmarin beliau berkata pihaknya akan mengkaji punca sebenar kejadian.

“Saya telah arahkan Ketua Polis Terengganu ( Datuk Aidi Ismail) melihat perkara ini secara terperinci agar ia tidak berulang. Mungkin dari segi pelaksanaa­n Prosedur Operasi Standard (SOP) ada kelemahan,” katanya.

Dalam kejadian pada jam 2.55 petang kelmarin, SM Abdul Hakim Samingan, 54, dan Kpl I. Suresh, 36, maut di tempat kejadian setelah dirempuh sebuah lori jenis Kia yang memasuki laluan konvoi yang disertai dua mangsa terbabit.

Terdahulu, beliau menyaksika­n Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) serta Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman di Pusat Latihan Polis di Jalan Semarak, di sini.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Arcyl Sani Abdullah Sani menggantik­an Pengarah StaRT selepas Datuk Seri Abd Manan Mhd Hassan bersara wajib kelmarin setelah berkhidmat hampir 41 tahun dalam pasukan polis.

Sementara itu, Datuk Amar Singh Ishar Singh yang pada masa ini masih memegang jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur dilantik sebagai Pengarah JSJK yang baharu. Jawatan baharu Acryl Sani dan Amar Singh akan berkuat kuasa 9 Nov ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia