Utusan Borneo (Sarawak)

Gabung persatuan untuk mudahkan pemberian dana

Memastikan anggota pertubuhan mendapat manfaat: TPM

-

KUALA TERENGGANU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta pertubuhan dan persatuan yang mempunyai persamaan aktiviti supaya bergabung di bawah satu pertubuhan bagi memudahkan kerajaan menyalurka­n bantuan kewangan.

Beliau berkata, penggabung­an itu juga dapat memastikan anggota pertubuhan mendapat manfaat selain pertubuhan sentiasa bergerak aktif menerusi pelbagai aktiviti sama ada yang berkaitan dengan penubuhan persatuan atau aktiviti kemasyarak­atan.

“Sebagai contoh, penggabung­an persatuan permotoran seluruh negara yang kini dikenali sebagai Gabungan Persatuan Permotoran Malaysia di mana kira-kira 2 juta ‘bikers’ dari seluruh negara menyertai ekspedisi permotoran sama ada motosikal besar (berkuasa tinggi), sederhana, mahupun ‘kapcai’.

“Saya ingin ucap tahniah kepada pemimpin-pemimpin persatuan permotoran seluruh negara yang sanggup gabungkan persatuan itu bawah satu naungan dan pada masa sama, mereka boleh menjalanka­n aktiviti masing-masing,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Pertubuhan Kebangsaan di Pantai Batu Burok di sini, semalam.

Turut hadir enteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Ahli Palimen Hulu Terengganu Datuk Jailani Johari dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan Malaysia Datuk Mohammad Razin Abdullah.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut menarik perhatian mengenai inisiatif kerajaan Tereng-

Saya ingin ucap tahniah kepada pemimpin-pemimpin persatuan permotoran seluruh negara yang sanggup gabungkan persatuan itu bawah satu naungan dan pada masa sama, mereka boleh menjalanka­n aktiviti masing-masing. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri

ganu yang mewujudkan litar permotoran di Gong Badak sebagai alternatif untuk mengurangk­an masalah lumba haram di jalan raya.

“Sejak ada gelanggang motosikal di Gong Badak, tiada lagi aktiviti permotoran haram di jalan-jalan di Terengganu.

Ini satu yang baik dan kerajaan negeri juga memperuntu­k RM100,000 kepada bengkel-bengkel yang memberi perkhidmat­an percuma kepada pemilik motosikal kecuali bagi pembelian alat ganti.

“Tahniah diucapkan kepada MB (Ahmad Razif) yang dilihat mengambil peduli terhadap anak-anak buah di bawah...MB ambil inisiatif ini, jadi kita ucap tahniah,” katanya.

Ahmad Zahid juga menggesa semua pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya tidak melanggar mana-mana peraturan Akta Pertubuhan 1966 bagi mengelak per- satuan mereka dibatalkan pendaftara­nnya.

Sejak 2013, sebanyak 44 peratus atau 28,190 persatuan daripada 63,846 persatuan telah dibatalkan kerana melakukan pelbagai kesalahan yang melanggar undang-undang berkenaan.

“Ia termasuk kegagalan mengemukak­an penyata tahunan dan kewangan tahunan, mengadakan mesyuarat agung tahunan dan perebutan jawatan dalam kalangan anggota persatuan,” katanya. Ahmad Zahid berkata ROS telah melakukan penambaika­n bagi memudahkan pertubuhan menghantar dokumen menerusi proses pendigital­an (secara dalam talian).

“Apabila pendigital­an 100 peratus ertinya kerajaan mengharapk­an situasi ini belaku kepada semua pihak.

Kita harap pemimpin-pemimpin persatuan pertubuhan dan organisasi patuh arahan ini. Ia bukan kehendak ROS tetapi ini peraturan yang kita terima dan guna pakai,” kata beliau. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CUBA: Ahmad Zahid (kanan) dan Ahmad Razif mencuba motosikal yang dipamerkan sewaktu melawat gerai pameran selepas merasmikan Karnival Pertubuhan Kebangsaan 2017 di Dataran Batu Burok dekat Kuala Terengganu, semalam.
— Gambar Bernama CUBA: Ahmad Zahid (kanan) dan Ahmad Razif mencuba motosikal yang dipamerkan sewaktu melawat gerai pameran selepas merasmikan Karnival Pertubuhan Kebangsaan 2017 di Dataran Batu Burok dekat Kuala Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia