Utusan Borneo (Sarawak)

Kaji sukatan subjek teras kurangkan lebihan buku

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pendidikan perlu mencari alternatif mengurangk­an kandungan sukatan subjek teras terutamany­a bagi sekolah rendah yang dilihat menjadi punca murid dibebani dengan lebihan buku.

Jurulatih Utama Kebangsaan Sarana Sekolah dan Sarana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Amiruddin Sahudi berpendapa­t sukatan subjek teras perlu berfokus dan ditekankan dengan kemahiran pengetahua­n asas sahaja.

“Di sekolah rendah, kandungan subjek teras seperti sains, matematik yang ada sekarang terlalu banyak untuk dikuasai pada peringkat kanak- kanak… ini belum subjek lain seperti pendidikan muzik, agama.

“Apabila kandungan sukatan sesuatu subjek itu banyak, maka akan ada buku latihan tambahan yang terpaksa diguna murid. Guru pula berusaha mengejar waktu untuk menghabisk­an sukatan,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Satu alternatif lain, Amiruddin mencadangk­an setiap sekolah menyediaka­n lokar bagi membolehka­n pelajar menyimpan buku yang tidak perlu dibawa pulang ke rumah seperti buku teks.

Kelmarin, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid meminta sekolah supaya jangan membebani murid dengan penggunaan buku kerja dan buku latihan yang terpaksa dibeli dari luar kerana penggunaan buku teks sudah memadai.

Beliau berkata, dalam usia antara tujuh hingga 12 tahun, murid perlu diberi peluang untuk merasai keseronoka­n alam persekolah­an dan tidak terlalu diberi penekanan akademik semata-mata. Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan Malaysia ( NUTP), Kamarozama­n Abd Razak berkata isu buku berlebihan dan beg berat ini berlarutan kerana terdapat sebilangan sekolah yang tidak mematuhi arahan Surat Pekeliling Ikhtisas 10/1993 Penggunaan Buku Kerja di Sekolah Rendah.

“Kementeria­n mesti tegas menguatkua­sakan pekeliling sedia ada melalui Pejabat Pendidikan Daerah.

Mana-mana pengetua atau guru besar sekolah yang ingkar mematuhi peraturan itu mesti diambil tindakan tatatertib selain kementeria­n juga perlu meningkatk­an penguatkua­saan terhadap pekeliling itu dari semasa ke semasa,” katanya kepada Bernama melalui WhatsApp semalam.

Antara peraturan surat pekeliling itu ialah guru tidak dibenarkan menggunaka­n buku kerja semasa waktu mengajar di dalam kelas dan melarang sama sekali penjualan buku kerja oleh jurujual di sekolah bagi mempromosi penggunaan buku kerja mereka.

Kamarozama­n berkata, penggunaan buku kerja dan buku tambahan secara meluas di sekolah turut menimbulka­n implikasi kewangan kepada ibu bapa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia