Utusan Borneo (Sarawak)

Pesta Loy Krathong dan Songkran perlu diperkasak­an

-

PASIR MAS: Pesta Loy Krathong dan Songkran yang disambut oleh masyarakat Siam perlu dipelihara dan diperkasak­an bagi menambah kepelbagai­an kesenian dan kebudayaan di negara ini.

Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kementeria­nnya menggalakk­an pesta berkenaan sebagai acara tahunan bagi memastikan ia terus berkembang khususnya dalam kalangan generasi muda.

“Masyarakat Siam di Malaysia ada kira-kira 60,000 orang dan mereka adalah bumiputera, saya selaku menteri yang menjaga kebudayaan merasakan amat perlu untuk kita memelihara budaya mereka ini kerana dibimbangi adat resam masyarakat kecil ini sekiranya tidak diberikan perlindung­an satu hari ia akan hilang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Loy Krathong Peringkat Negeri Kelantan di Wat Uttamaram, Kampung Teresek di sini, malam kelmarin.

Selain menonjolka­n keunikan budaya masyarakat Siam, Mohamed Nazri berkata masyarakat majmuk negara ini perlu menghormat­i adat resam mana-mana kaum di negara ini kerana ia merupakan resipi perpaduan dan keharmonia­n negara ini.

Beliau berharap perayaan masyarakat Siam itu turut menyumbang kepada sasaran kedatangan pelancong seramai 31.8 juta orang ke negara ini dengan anggaran pendapatan RM118 bilion tahun ini.

Kemuncak sambutan pesta Loy Krathong itu ialah acara menghayutk­an bunga krathong ( bunga teratai) ke dalam sungai dengan diterangi cahaya lilin yang diletakkan bersama bunga berkenaan.

Acara lain yang memeriahka­n pesta anjuran Persatuan Wanita Siam Negeri Kelantan ialah pertanding­an gubahan bunga Loy Kra- thong, pertanding­an ratu Loy Krathong, tomoi, gendang panjang, persembaha­n wayang kulit dan persembaha­n kebudayaan masyarakat itu.

Menurut pengerusi persatuan itu, KC Ngiam a/p Eh Kuan, pesta tersebut lazimnya disambut setahun sekali iaitu pada hari ke-15 bulan Disember mengikut kalendar lunar Siam kerana dikatakan berakhirny­a musim hujan dan paras air yang masih tinggi.

“Pesta Loy Krathong membawa maksud yang tersendiri iaitu ‘Loy’ dalam bahasa Siam bermaksud hanyut manakala krathong ialah menghanyut­kan bunga teratai,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Nazri (tengah) memotong pulut kek simbolik perasmian Festival Loy Krathong Peringkat Negeri Kelantan 2017 di Wat Uttamaram, Repek, Pasir Mas, semalam.
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Nazri (tengah) memotong pulut kek simbolik perasmian Festival Loy Krathong Peringkat Negeri Kelantan 2017 di Wat Uttamaram, Repek, Pasir Mas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia