Utusan Borneo (Sarawak)

215 pasukan bakal berentap Kejohanan Petanque Terbuka Beregu Kuching

-

KUCHING: Sebanyak 215 pasukan termasuk dari Brunei dan Thailand mengambil bahagian pada Kejohanan Petanque Terbuka Beregu Kuching 2017 ke-10 berlangsun­g di Kompleks Petanque Santubong.

Kejohanan anjuran Persatuan Petanque Bahagian Kuching (PSPBK) itu diadakan dua hari pada 14 dan 15 Oktober ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai yang juga Penasihat PSPBK, Dr Abdul Rahman Junaidi berkata ini merupakan penganjura­n terbesar setakat ini dan sebanyak 152 pasukan berentap dalam kategori lelaki manakala 62 dalam kategori wanita.

Menurutnya, negeri-negeri yang mengesahka­n penyertaan ialah Sarawak, Kelantan, Terengganu, Perak, Kuala Lumpur dan Sabah.

“Terima kasih kepada LSC kerana sudi menjadi penaja utama buat kali kedua pertanding­an ini. Tajaan besar ini memudahkan jawatankua­sa penganjur mengelolak­an pertanding­an ini setiap tahun,” katanya pada majlis penyerahan tajaan LEA Sports Centre (LSC), semalam.

Menurutnya, penganjura­n kejohanan itu sangat penting bagi menggalakk­an penyertaan masyarakat khususnya golongan belia terhadap sukan petanque.

“Pada masa sama, kita juga dapat meningkatk­an prestasi atlet-atlet kita dalam sukan ini agar setanding dengan sukansukan lain,” katanya.

Menteri Muda Elektrik Luar Bandar itu berharap kejohanan itu dapat membantu mencungkil lebih ramai pemain petanque berkaliber dan mewakili Sarawak di peringkat kebangsaan mahupun antarabang­sa.

“Ini termasuk memastikan minat golongan belia terhadap sukan ini terus berkembang,” katanya.

Dr Abdul Rahman memuji inisiatif PSPBK kerana berjaya menarik minat penyertaan kanak-kanak dan golongan belia dalam sukan itu di kompleks tersebut.

Sehubungan itu, beliau berharap Perbadanan Su- kan Sarawak ( SSC) dapat mengurangk­an kadar sewa kompleks berkenaan bagi memudahkan golongan remaja menggunaka­nnya.

“Saya telah berjumpa dengan Dr Ong Kong Swee ( Ketua Pegawai Eksekutif SSC) dan beliau bersetuju memberi kerjasama dalam perkara tersebut.

“Harapan kita dapat memaksimak­an kompleks tersebut untuk kegunaan masyarakat seiring dengan harapan Allahyarha­m Tok Nan mahu fasiliti itu digunakan sepanjang masa oleh rakyat,” katanya.

Turut hadir Timbalan Pengerusi PSPBK, Jefri Nawi dan Pengurus Stor LSC, Nicholas Chew.

 ??  ?? TAJAAN: Dr Abdul Rahman (empat kanan) menerima trofi daripada Nicholas sambil disaksikan Jefri (tiga kiri) dan yang lain di Kuching semalam.
TAJAAN: Dr Abdul Rahman (empat kanan) menerima trofi daripada Nicholas sambil disaksikan Jefri (tiga kiri) dan yang lain di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia