Utusan Borneo (Sarawak)

Manuskrip bukti kewujudan tamadun Melayu

-

pengubahsu­aian bagi sebuah booktruck, Arief Hakim Sani berkata kos adalah di antara RM80,000 sehingga PENGUMPULA­N kajian serta tafsiran manuskrip Melayu perlu dipergiat bagi memastikan kelangsung­an tamadun Melayu, sekali gus membina peradaban nasional Malaysia berlandask­an sumber asli dan tulen, kata seorang ahli akademik.

Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobuday­a Majlis Profesor Malaysia Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, masyarakat Melayu kini kekurangan pakar yang boleh mengkaji manuskrip lama, memandangk­an usaha itu banyak dilakukan oleh pusat-pusat kajian serta pakar-pakar di luar negara yang kini telah dimamah usia.

“Justeru, penting untuk memastikan bahawa kajian manuskrip Melayu itu menjadi tanggungja­wab kita sepanjang masa, terutama kita di Malaysia yang masih berusaha keras membina sebuah bangsa, negara dan peradaban setelah berkuasa memerintah negara sendiri sejak 60 tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucap tama pada Persidanga­n Antarabang­sa Manuskrip Melayu 2017 di Perpustaka­an Negara Malaysia (PNM) di Kuala Lumpur, Selasa. Persidanga­n tiga hari itu yang bertema ‘Menjunjung Warisan Pusaka, Menjulang Peradaban Bangsa’ dirasmikan Pengerusi Jawatankua­sa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia Tan Sri Omar Mohd Hashim.

Turut hadir Ketua Pengarah PNM Datuk Nafisah Ahmad.

Pada masa ini, terdapat lebih 4,800 manuskrip Melayu di PNM dan dipercayai 20,000 lagi di seluruh dunia.

Bercakap kepada Bernama selepas itu, Zainal berkata hanya selepas kemerdekaa­n negara, usaha menyelami manuskrip Melayu giat dilakukan oleh pengkaji dalam negara sebagai sebahagian usaha membentuk tamadun Malaysia.

“Pengajian sastera, bahasa dan budaya menjadi lebih kuat apabila Tun Abdul Razak memulakan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Rukunegara.

Pada masa itu, DEB beri satu confidence yang amat kuat untuk orang Melayu.

“Kita nak bina bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kerana dari bahasa kita mampu naik ke peringkat global.

Itu yang mendorong untuk kaji dari semua sumber termasuk kebudayaan, antropolog­i, manuskrip, linguistik dan sastera,” katanya.

Dalam pada itu, Zainal turut memuji penganjura­n persidanga­n manuskrip Melayu oleh PNM yang dilihat sebagai usaha membina peradaban paling jitu dan bermakna dalam pembentuka­n tamadun Malaysia.

“Akhir-akhir ini, peradaban kita adalah manifestas­i kesinambun­gan penerbitan hasil bertulis walau dalam apa bentuk sekalipun.

Tulisan tangan atau tulisan siber, itu adalah petanda paling utuh tentang kewujudan sesuatu peradaban dan tamadun,” jelasnya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? FOKUS: Para peserta yang hadir pada Persidanga­n Antarabang­sa Manuskrip Melayu 2017 di Perpustaka­an Negara Malaysia (PNM) dekat Kuala Lumpur, baru-baru ini.
— Gambar Bernama FOKUS: Para peserta yang hadir pada Persidanga­n Antarabang­sa Manuskrip Melayu 2017 di Perpustaka­an Negara Malaysia (PNM) dekat Kuala Lumpur, baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? RAPATKAN JURANG: Pengarah Urusetia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) Abd Wahab Ibrahim memegang pelekat ‘KLBACA! A Reading City’sebagai salah satu usaha ke arah menjadi ibu negara buku ( World Book Capital) 2020 Pesta Buku Frankfurt 2017 di...
— Gambar Bernama RAPATKAN JURANG: Pengarah Urusetia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) Abd Wahab Ibrahim memegang pelekat ‘KLBACA! A Reading City’sebagai salah satu usaha ke arah menjadi ibu negara buku ( World Book Capital) 2020 Pesta Buku Frankfurt 2017 di...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia