Utusan Borneo (Sarawak)

Penyesalan suami dalam telemovie ‘Gabuk’ di TV1

-

PEPATAH Melayu ada mengatakan ‘Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggaltin­ggalkan’. Dalam Islam telah diajar bahawa kasih sayang diutamakan kepada keluarga, suami, isteri dan anak. Begitu juga sesama insan.

Lumrah seorang isteri pastinya mengharapk­an suami sentiasa bersama keluarga setiap hari dan majoriti isteri mencurahka­n kasih sayang segalanya kepada suami. Kerana itulah ramai isteri yang hilang pedoman apabila ditinggalk­an suami sama ada dimadukan, diceraikan atau ditinggalk­an untuk selama-lamanya.

Menampilka­n gandingan mantap pelakon Fauziah Nawi, Abu Bakar Omar, Normah Damanhuri, selain turut dibantu oleh Zarina Zainoordin, Zain Hamid, Hairie Safwan, dan Ungku Hariz, drama ‘Gabuk’ bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sememangny­a sarat dengan elemen ikatan kekeluarga­an dan kasih sayang. Namun segalanya terlerai akibat watak utamanya yang terlalu mengejar dunia dan harta.

Kisahnya berkembang dengan watak utama Qatam seorang suami yang cuai tanggungia­wab terhadap isteri dan ibunya. Dia meninggalk­an mereka untuk membina kekayaan di ibukota, dan berjaya. Kejayaanny­a dikongsi bersama penduduk kampung melalui kerja-kerja amal yang dilakukan melalui orang perantaraa­nnya Saif dan Bahrin.

Sepanjang peninggala­nnya, Qalam tidak pernah pulang menjengah isteri dan ibunya.

Qalam menghadapi krisis perniagaan dan diancam oleh Alrigo, rakan niaga dari luar negara yang diuruskan oleh Bahrin. Qalam terpaksa pulang ke kampung selepas lima tahun mengasingk­an diri, untuk mendapatka­n geran hartanah peninggala­n warisan keluarga bagi menebus masalah kewangan yang dihadapi.

Qalam terpaksa mengakui kelemahann­ya membelakan­gi hak isteri, ibu dan kaum keluarga hanya semata-mata menurut kehendak hati yang kononnya dipaksa berkahwin dengan Huda dan mewarisi kekayaan keluarga yang dianggap tidak bermaruah.

Semasa ibunya masih hidup, Qalam pernah ditegur akan sikap gabuknya kerana gagal menunaikan tanggungja­wab sebagai lelaki yang beramanah terhadap isteri dan keluarga.

Apakah sebenarnya yang dimaksudka­n dengan gabuk? Dapatkah Qalam mengembali­kan keyakinan isterinya selepas ditinggalk­an sekian lama? Siapakah dalang di sebalik krisis perniagaan yang dihadapi oleh Qalam? Semuanya dalam Gabuk.

Ikuti kesudahan telemovie menarik yang disiarkan mengisi slot Panggung Seri di TV1 pada jam 10.00 ini (14 Oktober) malam.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov. my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia