Utusan Borneo (Sarawak)

Teater ‘Bukan Gila’ dipentaska­n lagi

-

TEATER ‘Bukan Gila’ akan dipentaska­n lagi di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak di Ipoh mulai semalam (Jumaat) hingga 15 Oktober ini (Ahad).

Ia dipentaska­n mulai jam 8.30 malam dengan membariska­n pelakon antara lain Khatijah Tan dan Che Mat Raja Lawak.

Penerbitny­a Mohd Yusop Othman berkata pementasan arahan Azhar Omar itu pernah dipentaska­n bulan lalu dan ia dipentaska­n semula setelah mendapat permintaan baik daripada peminat teater.

Tempahan tiket boleh dibuat dengan menghubung­inya di talian 013-4040088/0194273256.

Teater karya Sharif Shaary itu mengetenga­hkan kisah seorang pemuda bernama Azmir yang dianggap gila kerana kelakuanny­a yang dilihat sering menghantuk kepalanya ke lantai dan dinding.

Tetapi adakah dia benar-benar gila.

— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia