Utusan Borneo (Sarawak)

Miliki 97kg cengkerang penyu, dua lelaki asing didenda dan penjara

-

TAWAU: Mahkamah Sesyen Tawau semalam menjatuhka­n hukuman penjara empat tahun dan denda RM150,000 masing-masing kepada dua lelaki warga asing yang mengaku bersalah memiliki 97 kilogram cengkerang dan bahagian-bahagian bangkai penyu agar atau nama saintifikn­ya Chelonia mydas.

Hakim Indra Ayub menjatuhka­n hukuman itu ke atas Adam Ilma, 30 dan Gunak Sinduk, 20 yang didakwa melakukan kesalahan tersebut di Pulau Ligitan, Semporna awal bulan ini.

Kedua-duanya yang tidak diwakili peguam, diarah menjalani hukuman itu bermula tarikh tangkap pada 7 Okt lepas dan tambahan hukuman penjara setahun lagi sekiranya mereka gagal membayar denda.

Mahkamah turut memerintah­kan kedua-duanya dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman penjara.

Menurut pertuduhan, mereka secara bersama didakwa memiliki 97 kg cengkerang serta bahagian-bahagian bangkai penyu hijau, iaitu haiwan yang dilindungi yang disenaraik­an dalam Bahagian 1, Jadual 1, Nombor 8 Enakmen Pemelihara­an Hidupan Liar 1997, pada 11 pagi 7 Okt lalu.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 41 ( 1) Enakmen Pemelihara­an Hidupan Liar 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 41(4) Enakmen yang sama dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Ketika prosiding semalam, mahkamah diselubung­i bau busuk seketika apabila karung mengandung­i cengkerang penyu dan bahagian-bahagian rangka penyu dibuka bagi tujuan pengecaman.

Pegawai Pendakwa Jabatan Hidupan Liar ( JHL) Abdul Karim Dakog yang mengendali­kan pendakwaan turut memberitah­u mahkamah kedua-dua tertuduh menjual enam bangkai penyu pada harga RM600. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia