Utusan Borneo (Sarawak)

Logo ‘Transforma­si Produk’ iktiraf produk tempatan

Produk melepasi proses saringan dan dijamin kualitinya

-

PETALING JAYA: Logo ‘Transforma­si Produk’ yang diperkenal­kan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an ( KPDNKK) merupakan penarafan terhadap produk hasil usahawan tempatan yang melepasi proses saringan dan dijamin kualitinya, kata Menteri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata, logo baharu itu dapat membantu pengeluar terutama usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mencapai kehendak pasar raya besar tempatan dan luar negara antaranya dalam aspek kualiti dan pembungkus­an produk.

“Selain perlu ada logo Buatan Malaysia, logo ini membuktika­n bahawa produk yang berkenaan telah melalui proses transforma­si, penyelidik­an atau insentif yang kita beri melalui KPDNKK, produk ini sudah boleh masuk ke pasaran pasar raya besar dan juga untuk dieksport.

“Buat masa ini kita tidak wajibkan dan permohonan adalah secara percuma sehingga sampai satu tempoh yang akan dikenakan bayaran. Selepas ini pengguna akan tahu bahawa dengan logo ini mereka yakin produk yang berkenaan bermutu dan berkualiti tinggi,” katanya kepada selepas merasmikan majlis penutupan Program Cita rasa Malaysia 2017.

Beliau berkata penandaan logo yang diperkenal kirakira tiga bulan lalu itu juga bertujuan mengelak penyalahgu­naan logo yang dikeluarka­n KPDNKK terhadap produk yang tidak melalui proses penilaian kementeria­n itu.

Pada majlis itu, Hamzah turut melancarka­n logo ba- haru berkenaans­erta menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada 20 jenama PKS tempatan di bawah bimbingan KPDNKK.

Mengenai Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 yang dijangka dilancarka­n pertengaha­n bulan ini, beliau berkata peluang mengusahak­annya terbuka kepada rakyat Malaysia yang layak.

“Ia terbuka bukan hanya kepada mereka yang menubuhkan koperasi tetapi juga individu yang mampu untuk membuka kedai runcit di tempat masing- masing,” katanya ketika mengulas hasrat Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) yang dilaporkan berminat mengendali­kan KR1M 2.0. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENYELERAK­AN: Hamzah (kanan) melihat sajian dan hiasan makanan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Bhd. Johan Ishak (tiga, kanan) pada majlis Perasmian Penutupan Program Citarasa Malaysia di Seri Pentas Media Prima semalam.
— Gambar Bernama MENYELERAK­AN: Hamzah (kanan) melihat sajian dan hiasan makanan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Bhd. Johan Ishak (tiga, kanan) pada majlis Perasmian Penutupan Program Citarasa Malaysia di Seri Pentas Media Prima semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia