Utusan Borneo (Sarawak)

Nilai jualan borong, runcit naik kepada 97.7 bilion pada Ogos

-

KUALA LUMPUR: Nilai jualan perdaganga­n borong dan runcit Malaysia meningkat sebanyak 9.8 peratus kepada RM97.7 bilion pada Ogos 2017 berbanding tempoh sama pada 2016.

Dalam satu kenyataan semalam, Jabatan Perangkaan Malaysia berkata nilai jualan perdaganga­n borong adalah RM47.4 bilion, jualan runcit (RM38.0 bilion) dan kenderaan bermotor (RM12.3 billion).

Menurutnya, pertumbuha­n positif itu disumbangk­an oleh perdaganga­n runcit ( 13.4 peratus).

Indeks volum perdaganga­n borong dan runcit meningkat 7.9 peratus kepada 158.3 mata pada Ogos 2017 berbanding bulan Ogos 2016, disokong oleh peningkata­n perdaganga­n runcit.

“Perdaganga­n runcit meningkat sebanyak 11.9 peratus manakala indeks volum pelarasan bermusim perdaganga­n borong dan runcit meningkat 1.2 peratus berbanding bulan sebelumnya,” katanya.

Indeks volum perdaganga­n borong meningkat 6.2 peratus kepada 169.4 mata pada Ogos 2017 berbanding Ogos 2016.

Bagi perbanding­an bulan ke bulan, indeks volum ini (pelarasan bermusim) meningkat sebanyak 3.8 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Menurut jabatan itu, bagi perniagaan perdaganga­n runcit pula, indeks volum meningkat 11.9 peratus kepada 158.8 mata pada Ogos 2017 berbanding tempoh sama sebelumnya manakala indeks volum pelarasan bermusim perdaganga­n itu mencatat penyusutan 1.1 peratus berbanding Julai 2017.

“Perniagaan perdaganga­n runcit mencatatka­n peningkata­n nilai jualan kepada RM38.0 atau 13.4 peratus berbanding 2016 manakala bagi perbanding­an bulan ke bulan, sektor itu merekodkan pertumbuha­n negatif 0.7 peratus,” katanya.

Selain itu, indeks volum kenderaan bermotor meningkat 1.4 peratus kepada 128.7 mata pada Ogos 2017 berbanding bulan sama tahun lepas, kata jabatan itu.

“Indeks volum pelarasan bermusim kenderaan bermotor meningkat sebanyak 1.8 peratus pada Ogos 2017 berbanding Julai 2017.

“Sektor kenderaan bermotor meningkat 2.8 peratus kepada RM12.3 bilion pada Ogos 2017 berbanding bulan sama sebelumnya,” katanya.

Nilai jualan perniagaan kenderaan bermotor pula susut 0.2 peratus berbanding bulan sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia