Utusan Borneo (Sarawak)

MSR jalin usaha sama dengan Tee teroka pasaran Asia Tenggara

-

KUALA LUMPUR: Malaysian Solar Resources Sdn Bhd (MSR) dan Tee Internatio­nal Limited menandatan­gani usaha sama strategik bagi menembusi pasaran tenaga solar Singapura dan meneoka pasaran Asia Tenggara, selain aktif mengambil alih ladang solar lama di Malaysia.

Menerusi usaha sama strategik itu, kedua-dua syarikat dijangkaka­n membentuk syarikat usaha sama (JV Co) dengan TEE dan MSR masing-masing menguasai 51:49 peratus kepentinga­n.

Ketua Pegawai Kewangan MSR, Lisa Ong Hooi Chen berkata JV Co menyasarka­n pengambila­lihan aset dengan kapasiti antara lima dan 10 megawat.

“JV Co akan meningkatk­an kelebihan saingannya dengan menggabung­kan kepakaran MSR dalam industri solar dengan perkhidmat­an dan pengalaman bersepadu TEE dalam bahagian infrastukt­ur serantau,” katanya.

Ong berkata demikian kepada Bernama aketika ditemu pada Pameran dan Persidanga­n Produk Teknologi Hijau Antarabang­sa (IGEM 2017) kelapan di sini semalam.

Beliau berkata, berikutan penubuhan JV Co, TEE dan MSR akan bersama- sama menyertai tender projek solar di Singapura dan meneroka peluang pelaburan solar di Asia Tenggara, dengan In- donesia dan Vietnam menjadi tumpuan.

Mengenai kehadiran MSR di pasaran serantau, Ong berkata ini akan membuka peluang untuk mereka meneroka pasaran Indonesia dan Vietnam.

“Kami akan berada di pasaran yang lebih stabil seperti Singapura dan bagi Vietnam dan Indonesia, walaupun bergantung kepada arang batu, kerajaan negara berkenaan sedang menuju ke arah tenaga bersih, dan kesedaran sudah pun wujud di sana,” katanya.

MSR telah membuat kajian ke atas Vietnam selama hampir setahun, dan sekarang merupakan masa yang tepat untuk memasuki pasaran, katanya.

Ketua perniagaan Infrastruk­tur Tee, Edwin Neo, berkata syarikat itu akan menyuntik dana berdasarka­n kes.

“Apabila ada keperluan kami akan memperuntu­kkan dana, dan dalam tempoh yang sama, kami akan aktif membida tender solar kerajaan Singapura serta memenuhi permintaan oleh sektor swasta,” katanya.

Kira-kira 95 peratus daripada bekalan elektrik Singapura dihasilkan daripada gas asli dan sebahagian besar bekalan dibekalkan dari Malaysia dan Indonesia melalui talian paip bersambung. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia