Utusan Borneo (Sarawak)

MMM lancar SUV Mitsubishi Outlander 2.0L baharu

-

KUCHING: Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia melancarka­n secara rasmi kenderaan utiliti sukan (SUV) Mitsubishi Outlander 2.0L semalam di Viva City Megamall di sini.

Harga pengenalan bagi pacuan empat roda (4WD) Mitsubishi Outlander 2.0 L ini ialah RM141,205.12 sehingga tahun berakhir dan didatangka­n bersama jaminan kilang standard MMM lima tahun serta penyelengg­araan percuma dua tahun tanpa had jarak pemanduan.

Dilancarka­n di Malaysia pada April 2016 sebagai import pasang siap dari Jepun, kenderaan yang baharu dilancarka­n ini menjadikan SUV lebih berpatutan kepada rakyat Malaysia, yang mana dipasang di kilang Tang Chong Motor Assemblies (TCMA) di Segambut, Kuala Lumpur.

Diperkasa oleh enjin 2.0 liter dengan kuasa maksimum 145 PS dan kuasa kilas 196 NM, DOHC MIVEC adalah pasangan kepada INVECSIII kuasa transmisi mesin 4WD.

Dengan pengalaman kemenangan bertahun dalam Dakar Rally yang amat mencabar, Mitsubishi mengadapta­si pengalaman mereka kepada Outlander baharu, menyediaka­n penambahba­ikan terjahan pada permukaan yang licin dan kestabilan.

Kenderaan ini memiliki sistem pelbagai pilihan 4WD yang menawarkan tiga mod berbeza iaitu 4WD Eco, 4WD Auto dan 4WD Lock untuk menyesuaik­an dengan sebarang keadaan.

Ciri-ciri keselamata­n, kenderaan ini dilengkapi dengan tujuh beg udara, sistem pembrekan antikekunc­i (ABS) dan kuasa brek elektronik (EBD), bantuan brek, kawalan aktif kestabilan dan terjahan, bantuan mula di bukit dan kerusi kanak-kanak ISOFIX.

Kenderaan ini juga mempunyai binaan badan evolusi keselamata­n impak diperteguh­kan (RISE) yang kukuh dan kamera undur dengan garis panduan sebagai standard.

Luaran SUV menawarkan rekaan yang bergaya dengan rupa hadapan Dynamic Shield bersama lampu siang LED dan rim 18 inci yang menarik.

Dalaman kenderaan ini pula menampilka­n badan yang bergaya dengan tujuh tempat duduk yang luas serta ruang kargo yang luas yang boleh memuatkan sehingga 1,608 liter.

Mitsubishi Outlander SUV 2.0L ditawarkan dalam tiga warna, Putih (Solar White), Merah (Red Metallic) dan Hitam (Ruby Black) di mana warna Ruby Black hanya boleh didapati di pasaran Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Mitsubishi Outalander dan jenama Mitsubishi yang lain sila layari www. mitsubishi- motors. com. my atau hubungi talian khidmat pelanggan Mitsubishi Motors di 1800 18 6611 (9 pagi hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat tidak termasuk cuti umum).

 ??  ?? BERGAYA: Duta jenama MMM, Leona Chin bersama memperkena­lkan 4WD Mitsubishi Outlander 2.0L terbaharu.
BERGAYA: Duta jenama MMM, Leona Chin bersama memperkena­lkan 4WD Mitsubishi Outlander 2.0L terbaharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia