Utusan Borneo (Sarawak)

MATTA mahu Bajet 2018 sediakan faedah, dana galakkan industri pelanconga­n

-

GEORGE TOWN: Persatuan Ejen-ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (MATTA) berharap Bajet 2018 akan terus menyediaka­n insentif dan dana untuk menggalakk­an industri pelanconga­n.

Presiden, Datuk Tan Kok Liang berkata antara harapan MATTA bagi Bajet 2018 adalah supaya kerajaan melanjutka­n faedah kepada pengusaha pelanconga­n dalam negara sehingga 2020 selain melonggark­an syarat bertujuan untuk membantu syarikat kecil atau baharu.

Beliau berkata, pengusaha pelanconga­n yang mengendali­kan lebih 750 pelancong asing dan 1,500 pengunjung domestik sewajarnya diberi- kan insentif cukai.

“Kami juga perlu mencari dana untuk menambah kapasiti dalam sektor pelanconga­n, daripada latihan perintis hingga kepada melatih semula dan peningkata­n kemahiran pengamal industri ini,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian semasa menyampaik­an ucapan alu-aluan di pembukaan Pameran MATTA Pulau Pinang 2017 yang disempurna­kan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng di sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, dijadual membentang­kan Bajet 2018 di Parlimen pada 27, Okt ini selepas mempertimb­angkan banyak pandangan serta maklum balas daripada pelbagai pemegang kepentinga­n.

Tan berkata, MATTA telah mengemukak­an syor dan maklum balas bagi Bajet 2018 dan berharap kerajaan dapat menyediaka­n insentif dan pendanaan untuk menggalakk­an industri tersebut.

Beliau berkata, dalam usaha menarik lebih banyak pelancong berbelanja tinggi, MATTA memohon supaya duti import ke atas kenderaan pelanconga­n mewah dibatalkan di samping pengecuali­an duti eksais diperluask­an kepada semua kelas kenderaan pelanconga­n.

“Tidak berlaku kekurangan hotel mewah di Malaysia namun bagi pengangkut­an pelanconga­n terutama untuk kumpulan kecil dan keluarga, ia tidak setara,” katanya.

Sementara itu, Tan berkata, MATTA menyasarka­n pulangan jualan sebanyak RM20 juta dan jumlah pengunjung mencecah 18,000 semasa berlangsun­gnya Pameran MATTA Pulau Pinang selama tiga hari, yang bermula semalam di Pusat Konvensyen Straits Quay di sini.

“Tahun lepas, kami mencatatka­n lebih 15,000 pengunjung dengan jualan kira-kira RM15 juta. Bagi pameran tahun ini 133 gerai telah diisi, dan saya yakin kami akan menjana jualan yang lebih tinggi,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia