Utusan Borneo (Sarawak)

Proses beli rumah akan berubah sepenuhnya pada masa depan

-

KUALA LUMPUR: Proses membeli rumah akan berubah sama sekali dalam tahun-tahun akan datang dan ia akan menjadi urus niaga lebih terselaras, dengan pembeli dan penjual akan mempunyai lebih pengawalan dan banyak bergantung kepada teknologi.

Ketua Negara Malaysia HSBC Bank, Bahagian Perbankan Runcit dan Pengurusan Kesihatan, Lim Eng Seong, berkata kepantasan pelaksanaa­n revolusi digital dalam urusan membeli rumah di seluruh dunia akan bergantung kepada persekitar­an kawal selia tempatan dan kesediaan orang ramai untuk mempercaya­i teknologi bagi pembelian sebesar itu.

“Peranan tradisiona­l ejen hartanah akan diubah semula kerana hari ini terdapat banyak platform dalam talian di mana pemilik rumah boleh memasarkan hartanah mereka sendiri dan merundingk­an secara terus dengan penjual,” katanya.

HSBC Bank Malaysia Bhd, dalam laporan membeli rumah baharu Beyond the Bricks, ‘Masa depan pembelian rumah’ berkata teknologi baharu mengubah gaya orang membeli rumah di Malaysia dan di dunia.

Bank itu berkata laporan tersebut menggabung­kan keputusan lebih 9,000 orang di sembilan negara dan di Malaysia dan mendapatka­n pandangan daripada 1,000 orang.

Berdasarka­n kepada laporan itu, ketika ini, United Kingdom menerajui dengan bilangan pembeli rumah aktif secara digital yang paling ramai dengan 93 peratus dari- pada mereka menggunaka­n saluran dalam talian (laman web, mudah alih dan e-mel) untuk menyelidik pembelian terkini hartanah mereka.

“Malaysia berada di kedudukan keenam dalam kalangan sembilan negara yang dikaji, dengan 81 peratus pembeli rumah aktif secara digital,” kata bank itu.

Mengenai pilihan pembiayaan, ia berkata, Malaysia berada di kedudukan antara tiga teratas dalam sembilan negara yang dikaji, dengan 77 peratus pembeli rumah melaksanak­annya secara dalam talian berbanding purata global 74 peratus. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia