Utusan Borneo (Sarawak)

Angka korban banjir, tanah runtuh di Vietnam cecah 54

-

HANOI: Angka kematian akibat banjir teruk dan tanah runtuh di utara dan tengah Vietnam telah meningkat kepada 54 orang, menurut pihak berkuasa semalam, dalam salah satu bencana cuaca paling teruk pernah melanda negara ini sejak bertahun-tahun.

Anggota penyelamat mencari 39 orang lagi yang masih hilang selepas hujan lebat melanda beberapa wilayah pada minggu ini, dengan peramal cuaca memberi amaran mengenai satu lagi ribut kuat menuju ke arah negara ini.

Bencana pada minggu ini telah merosakkan beriburibu rumah dan memusnahka­n beberapa kawasan perladanga­n, termasuk di luar Hanoi di mana sebahagian daripada tembok sebatang sungai runtuh dan membanjiri beberapa komuniti berhampira­n.

“Seluruh kampung kami kehilangan semua ikan dan sayur-sayuran kami dalam banjir ini,” peladang berusia 63 tahun Ngo Van Thanh memberitah­u VNExpress yang dikawal oleh pihak negara.

Beberapa kampung, jalan raya dan rumah-rumah di sekitar beberapa wilayah masih lagi ditenggela­mi air semalam, ketika pihak berkuasa cuba untuk membersihk­an jalan raya dan pergi kepada penduduk yang terpencil di bahagian pergununga­n utara, yang dilanda oleh tanah runtuh yang teruk.

Wilayah utara Hoa Binh – di mana satu perintah darurat telah diumumkan pada minggu ini – adalah yang paling teruk dilanda dengan 17 kematian dan 15 orang hilang, diikuti dengan wilayah tengah Thanh Hoa di mana 14 orang terkorban, menurut Lembaga Pengurusan Bencana di Vietnam.

Beribu-ribu anggota polis dan tentera telah dikerahkan bagi membantu usaha mencari, memperkuku­hkan daik dan menyerahka­n makanan ketika angka kematian meningkat daripada 37 orang kelmarin.

Vietnam dilanda oleh hujan lebat dan ribut pada tahun ini, dengan hampir 170 orang terbunuh atau hilang sebelum tempoh terbaharu bagi cuaca buruk.

Taufan Doksuri me- ngorbankan 11 nyawa dan menyebabka­n kemusnahan meluas pada bulan lepas ketika ia membadai bahagian tengah Vietnam.

Negara ini biasanya dilanda oleh ribut tropika bermula dari Mei hingga Oktober, sering kali membadai pantai tengahnya. Lebih 150 meninggal dunia ketika Ribut Tropika Ketsana membadai melalui negara pada 2009.

 ?? — Gambar AFP ?? TERTIMBUS: Jentera pengorek dan anggota penyelamat meneruskan usaha mencari mayat mangsa di tapak tanah runtuh di mana 18 orang daripada empat keluarga terbunuh di daerah Tan Lac, wilayah utara Hoa Binh kelmarin.
— Gambar AFP TERTIMBUS: Jentera pengorek dan anggota penyelamat meneruskan usaha mencari mayat mangsa di tapak tanah runtuh di mana 18 orang daripada empat keluarga terbunuh di daerah Tan Lac, wilayah utara Hoa Binh kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia