Utusan Borneo (Sarawak)

BOMBA LANCAR SAR CARI MANGSA SAMPAN KARAM

-

Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Bintulu melancarka­n operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang mangsa sampan karam di sebuah jeti ladang kawasan Pandan Sebauh sejak pagi kelmarin.

Ketua Balai Bomba Bintulu, Timbalan Penguasa Bomba (TPgB) Di-Hata Gobel berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 11.43 pagi kelmarin dan berdasar maklumat, ia dipercayai berlaku jam 7.50 pagi hari yang sama.

Katanya, ketika kejadian tiga pekerja ladang lelaki warga Indonesia menyeberan­gi sungai menaiki sampan kecil dari ladang mereka.

“Apabila sampai di tengah sungai, tiba-tiba sampan dimasuki air dan tenggelam. Dua daripadany­a berjaya berenang menyelamat diri manakala seorang masih hilang,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Katanya, salah seorang mangsa yang selamat menghubung­i polis melaporkan kejadian dan Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu menghubung­i bomba bagi membantu SAR mencari mangsa lain.

Katanya, pasukan bomba terlibat dalam operasi itu terdiri daripada empat pegawai diketuai oleh PPgB Jerry Jelani Bandang.

Tambahnya, bomba terbabit bergerak ke lokasi kejadian dengan sebuah bot dianggar memakan masa tiga jam perjalanan dari bandar Bintulu yang turut dibantu dua ahli Persatuan Bomba Sukarela Sebauh.

Sehingga berita ini ditulis operasi mencari mangsa masih diteruskan.

 ??  ?? OPERASI: Sampan yang digunakan oleh mangsa serta operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Bintulu semalam.
OPERASI: Sampan yang digunakan oleh mangsa serta operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Bintulu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia