Utusan Borneo (Sarawak)

ANGKARA MAIN ‘SOROK-SOROK’

Kanak-kanak lelaki terlalu seronok berlari ke jalan raya lalu dirempuh motosikal.

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Seorang kanak-kanak lelaki cedera parah selepas dilanggar sebuah motosikal ketika bermain ‘sorok-sorok’ dalam satu kejadian di sebuah kampung di Kota Samarahan dekat sini, sekitar jam 9 malam kelmarin.

Menurut sumber, mangsa berusia lima tahun semasa kejadian bermain bersama rakan-rakannya apabila dikatakan tibatiba berlari ke arah jalan menyebabka­n penunggang motosikal terbabit tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa.

Impak pelanggara­n menyebabka­n mangsa tercampak beberapa meter dari tempat kejadian serta cedera di kepala dan dikhuatiri mengalami patah tulang kaki.

“Mangsa dikatakan terlalu seronok bermain ‘sorok-sorok’ dengan rakanrakan­nya sehingga tidak menyedari kehadiran motosikal tersebut dan terus berlari ke arah jalan raya menyebabka­n dia dilanggar,” kata sumber.

Keluarga mangsa yang menyedari insiden tersebut kemudian segera mendapatka­n bantuan sebelum mangsa dikejarkan ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatka­n rawatan sekitar jam 1 pagi semalam.

“Bagaimanap­un, keadaan mangsa yang parah memaksa dia dirujuk ke Unit Kecemasan HUS untuk mendapatka­n rawatan lanjut,” kata sumber.

Sehingga berita ini ditulis semalam, difahamkan keadaan mangsa telah stabil, namun masih menerima rawatan di Zon Merah Unit Kecemasan HUS.

Manakala penunggang motosikal terbabit dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan telah mendapatka­n rawatan sebagai pesakit luar di klinik berdekatan.

Sementara dalam kejadian berasingan, seorang penunggang motosikal nyaris maut apabila berlanggar dengan sebuah kereta di Jalan Matang di sini, sekitar jam 1 petang semalam.

Mangsa berusia 36 tahun itu semasa kejadian dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

“Mangsa cedera di kaki kiri serta beberapa anggota badan dan telah dikejarkan ke HUS menggunaka­n ambulans untuk mendapatka­n rawatan lanjut,” kata sumber yang turut memberitah­u pemandu dan penumpang kereta tersebut dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

 ??  ?? PARAH: Budak yang cedera dirempuh motosikal ketika bermain ‘sorok-sorok’ tiba di HUS untuk mendapatka­n rawatan lanjut.
PARAH: Budak yang cedera dirempuh motosikal ketika bermain ‘sorok-sorok’ tiba di HUS untuk mendapatka­n rawatan lanjut.
 ??  ?? CEDERA: Keadaan penunggang motosikal terbabit kemalangan di Jalan Matang, semalam.
CEDERA: Keadaan penunggang motosikal terbabit kemalangan di Jalan Matang, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia