Utusan Borneo (Sarawak)

KOMITED NAIK TARAF INTERNET

Kerajaan dijangka bentang RM500 juta sebagai peruntukan infrastruk­tur utama telekomuni­kasi pada sidang DUN Nov depan.

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Kuching sebagai Bandar Raya Perpaduan diyakini mampu menjadi hab pelanconga­n dan penganjura­n sukan permotoran berkuasa tinggi.

Mendedahka­n perkara itu, Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mengakui rantau Borneo khususnya Kuching menjadi destinasi tarikan pelancong.

Justeru, penganjura­n Kuching Internatio­nal Bike Week (KIBW) 2017 disifatkan salah satu pendekatan baharu dalam melonjakka­n lagi kedatangan pelancong.

Menurut Abdul Karim, ia sekali gus meningkatk­an pendapatan serta ekonomi dalam sektor pelanconga­n negeri.

“Tidak dinafikan, orang luar ( pelancong) melihat Borneo sebagai satu tempat yang eksotik dan Kuching merupakan salah satu kawasan yang sering menjadi tarikan pelancong.

“Sebab itu, kalau jalan rayanya baik ( kemudahan awam) sudah tentu mereka (peminat motosikal berkuasa tinggi) akan ‘ride’ ke sini selalu,” ujarnya ketika ditemui semasa menyertai ‘City Ride’ sempena KIBW 2017 di pekarangan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di sini, semalam.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Hipni dan Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk James Chan.

Mengulas mengenai penganjura­n edisi kedua KIBW, beliau berkata ia memberi kesan positif kepada ekopelanco­ngan Sarawak.

“Kita ( kerajaan negeri) amat mengalu-alukan penga-

Tidak dinafikan, orang luar (pelancong) melihat Borneo sebagai satu tempat yang eksotik dan Kuching merupakan salah satu kawasan yang sering menjadi tarikan pelancong. Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan

juran KIBW, malah dari situ juga kita dapat lihat minat terhadap sukan permotoran terutama berkuasa tinggi amat baik sekali.

“Di setiap bandar kecil di Sarawak sememangny­a ada kumpulan motor berkuasa tinggi, dan apabila program ini dianjur, ia pasti membabitka­n penyertaan daripada seluruh rantau Nusantara termasuk Indonesia, Brunei dan Semenanjun­g Malaysia,” ujarnya.

Sampingan penganjura­n itu, katanya, memberi kelebihan kepada pengusaha hotel penginapan, serta medan selera dan kedai cenderamat­a.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur KIBW 2017 Datin Sri Elly Zaliha ketika ditemui berkata penganjura­n kali ini memaparkan kelainan dengan pelancaran lagu tema KIBW yang didendangk­an buat pertama kali di hadapan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada majlis makan malam KIBW 2017.

KIBW 2017 yang berlangsun­g tiga hari dari 13 hingga 15 Oktober di CityONE Mall, Jalan Song menampilka­n pelbagai aktiviti menarik sepanjang penganjura­nnya.

 ??  ??
 ??  ?? MULA: Chan melakukan upacara pelepasan para peserta ‘City Ride’ KIBW 2017 yang diketuai Abdul Karim di pekarangan MBKS di Kuching, semalam.
MULA: Chan melakukan upacara pelepasan para peserta ‘City Ride’ KIBW 2017 yang diketuai Abdul Karim di pekarangan MBKS di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia