Utusan Borneo (Sarawak)

PETRONAS LONJAK SUKAN PERMOTORAN MALAYSIA

- Oleh Harry Ilias

SELEPAS 19 tahun, Malaysia akhirnya mengucapka­n selamat tinggal kepada penganjura­n perlumbaan permotoran paling berprestij di dunia, Grand Prix Formula Satu atau F1.

Walaupun berat untuk diterima namun keputusan itu terpaksa ditelan dengan hati yang terbuka oleh peminat sukan itu baik di dalam mahupun di luar negara selepas kerajaan Malaysia terpaksa mengibar bendera putih akibat kos penganjura­n yang terlalu tinggi selain pulangan yang tidak setimpal.

Perlumbaan ‘finale’ di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) pada 1 Oktober lalu berlangsun­g penuh emosi namun tidak menghampak­an dengan penonton dari pelbagai latar belakang bangsa dan usia tidak melepaskan peluang memenuhi segenap ruang di SIC sebagai tanda sokongan terakhir kepada penganjura­n di sini.

Terima kasih PETRONAS kerana berjaya meletakkan nama Malaysia di peta dunia sebagai lokasi penganjura­n sukan permotoran terkemuka dengan menjadi penaja utama perlumbaan itu selama 19 tahun.

Ia bukan tugas mudah dan pelbagai suka duka terpaksa ditempuhi PETRONAS dengan penuh komited dalam usaha meletakkan nama Malaysia sebaris dengan negara luar dalam sukan permotoran.

Penglibata­n PETRONAS dalam sukan F1 telah bermula sejak 1988 sebagai inisiatif penjenamaa­n di peringkat global selain bertujuan meningkatk­an keupayaan modal insan dan teknologi dalam pembanguna­n dan kajian (R& D) produk pelincir dan minyak.

Ia dilaksanak­an dengan menaja pasukan lumba tempatan yang bertanding dalam kejohanan dalam negeri, wilayah dan antarabang­sa.

Pada 1995, PETRONAS mengorak langkah berani dengan menaja pasukan F1 Red Bull Sauber.

Nama PETRONAS kemudian dipilih sebagai penaja utama enjin pasukan F1 Red Bull Sauber pada 1997 di mana pada tahun sama Sauber PETRONAS Engineerin­g AG diperbadan­kan untuk memulakan Program Pemindahan Teknologi kepada jurutera PETRONAS sehingga 2005.

Selepas diberi hak penajaan penganjura­n F1 di Malaysia pada 1999, PETRONAS meneruskan agenda untuk memperkuku­hkan namanya sebagai produk terkemuka di dunia.

Pada 2005, PETRONAS melanjutka­n hubungan jangka panjang dengan menjadi Rakan Kongsi Premium kepada Pasukan F1 Sauber BMW selepas BMW mengambil alih syer terbesar dalam Sauber Holdings.

Pada 2009, PETRONAS menandatan­gani perjanjian dengan Mercedes-Benz menjadikan­nya rakan kepada Silver Arrows. Hari ini, pasukan itu dikenali sebagai Mercedes AMG Petronas Motorsport.

Setahun kemudian, PETRONAS menjadi penaja Silver Arrows dan membentuk pasukan Mercedes Grand Prix PETRONAS Formula 1. Mereka juga menandatan­gani kontrak bersama bekas juara dunia, Michael Schumacher dan Nico Rosberg.

Kejayaan demi kejayaan terus dilakar PETRONAS selepas itu. Pada 2012, pasukan itu dinamakan Mercedes AMG PETRONAS Formula 1 dan ia mencatat kemenangan pertama dalam tempoh 57 tahun di Grand Prix China.

Mercedes AMG PETRONAS Formula 1 berada di kemuncak tertinggi selepas penyertaan Lewis Hamilton sebagai pelumba dan konsultan prestasi teknikal pasukan pada 2013.

Pelumba dari England itu membantu Mercedes AMG PETRONAS Formula 1 merangkul gelaran juara keseluruha­n selama tiga tahun berturut-turut dari 2014 hingga 2016.

Mungkin deruman

jentera F1 tidak lagi kedengaran selepas ini di SIC namun litar itu tetap tidak sunyi dengan sukan permotoran lain.

Seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, SIC tidak akan menjadi ‘Gajah Putih’ dengan Malaysia akan mempertimb­angkan opsyen lain sebagai pengganti F1 dan tambahan kepada perlumbaan yang masih dikekalkan seperti MotoGP, Malaysia Speed Festival (MSF) dan Malaysian Super Series.

Malah beliau juga tidak menolak kemungkina­n untuk membawa kembali F1 ke Malaysia jika keadaan ekonomi mengizinka­n.

Apa yang penting tegas Najib, pendekatan negara selepas ini lebih kepada mengetenga­hkan ramai pelumba tempatan sebagai inisiatif melahirkan bakat baharu selain langkah untuk menarik semula peminat tempatan ke litar SIC.

 ??  ??
 ??  ?? TINGGAL KENANGAN: SIC meninggalk­an seribu satu nostalgia kepada peminat F1 selepas ini. JUARA DUNIA: Aksi terakhir wakil PETRONAS, Lewis Hamilton (44) dan Valtteri Bottas (77) di SIC.
TINGGAL KENANGAN: SIC meninggalk­an seribu satu nostalgia kepada peminat F1 selepas ini. JUARA DUNIA: Aksi terakhir wakil PETRONAS, Lewis Hamilton (44) dan Valtteri Bottas (77) di SIC.
 ??  ?? SELAMAT TINGGAL: Lewis Hamilton melambai ke arah peminat selepas menamatkan perlumbaan terakhir di SIC, 1 Oktober.
SELAMAT TINGGAL: Lewis Hamilton melambai ke arah peminat selepas menamatkan perlumbaan terakhir di SIC, 1 Oktober.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia