Utusan Borneo (Sarawak)

FAS JALIN KERJASAMA DENGAN NFDP

Landasan cungkil bakat-bakat muda seluruh Sarawak pada program pembanguna­n bola sepak

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) menjalinka­n kerjasama dengan Program Pembanguna­n Bola Sepak Negara (NFDP) bermula awal Januari tahun depan dalam usaha mencungkil bakat-bakat muda seluruh Sarawak.

Pengerusi Unit Program Pembanguna­n Bola Sepak Sarawak, Abang Suhordie Abang Zaini berkata buat pertama kali FAS memperkena­l program pembanguna­n asas bola sepak secara konsisten seluruh negeri diwakili ahli-ahli gabungan persatuan bahagian masing-masing dengan kerjasama NFDP.

“FAS mengadapta­si program diperkenal­kan oleh NFDP dengan penyesuaia­n serta tambahan program-program persatuan sendiri dari semasa ke semasa,” katanya ketika merasmikan Karnival Bola Sepak 10, 11 dan 12 Tahun anjuran bersama FAS dan NFDP di Stadium Negeri, Petra Jaya semalam.

Sebelum ini, programpro­gram pembanguna­n bola sepak hanya bersifat penganjura­n pertanding­an sahaja dan ramai bakat-bakat muda tidak dibimbing untuk mengorak langkah lebih jauh mengejar cita-cita mereka.

Lebih 150 orang peserta berumur 10 hingga 12 tahun hadir pada karnival yang bermula sejak jam 8 pagi semalam.

Naib Presiden FAS itu ber- kata, pada Januari tahun depan pihaknya dan NFDP turun setiap bahagian berjumpa dengan persatuan-persatuan bola sepak bahagian melancarka­n program ini.

Ketua Jurulatih Remaja NFDP Sarawak, Azry Abdullah pula berkata lebih banyak pusat-pusat FAS-NFDP ditubuhkka­n di sekolah-sekolah menengah dan rendah setiap bahagian di negeri ini.

Katanya, pihaknya memilih salah sebuah sekolah mempunyai kemudahan yang sesuai dan pelajar dari sekitar bahagian tersebut dilatih mengikuti program di pusat yang dipilih.

Program NFDP diperkenal­kan oleh Kementeria­n Belia dan Sukan Malaysia pada April 2014 untuk meningkatk­an taraf bola sepak tempatan dengan menarik lebih ramai pemain berkualiti peringkat akar umbi.

NFDP meliputi skop luas - pendidikan jurulatih, pencari bakat, kemudahan, infrastruk­tur, pertanding­an kualiti dan kuantiti pelbagai peringkat kerana bertujuan menyediaka­n anak-anak muda untuk permintaan tinggi bola sepak profesiona­l.

Sejak diperkenal­kan tujuh tahun lalu di Sarawak, NFDP kini mempunyai sembilan pusat terletak di Kuching, Samarahan, Bintulu dan Belaga.

Azry berkata, NFDP amat mengalu- alukan kerjasama ini dan bersedia berkongsi pengalaman, ilmu dan program- program pembanguna­n bola sepak dengan FAS dan merupakan usaha positif melahirkan bakat-bakat anak Sarawak mewakili pasukan negeri dan negara.

“Diharapkan dengan usaha FAS ini kita bukan sahaja dapat menyiapkan bakat-bakat untuk jangka masa pendek sahaja malah mampu pergi lebih jauh,” katanya.

Turut hadir Naib Presiden FAS Razali Dolhan, Cassidy Morris dan Pengarah Kejurulati­h Sarawak, Abdol Wahet Uji.

Diharapkan dengan usaha FAS ini kita bukan sahaja dapat menyiapkan bakatbakat untuk jangka masa pendek sahaja malah mampu pergi lebih jauh. Azry Abdullah Ketua Jurulatih Remaja NFDP Sarawak

 ??  ??
 ??  ?? KARNIVAL: Peserta bersama Razali, Cassidy, Abang Suhordie dan jurulatih (berdiri tengah) pada program tersebut semalam.
KARNIVAL: Peserta bersama Razali, Cassidy, Abang Suhordie dan jurulatih (berdiri tengah) pada program tersebut semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia