Utusan Borneo (Sarawak)

Empat suspek disyaki baling objek letupan dicekup polis

Kejadian dipercayai selisih faham antara jiran rumah sewa

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Empat individu ditahan semalam selepas disyaki terlibat dalam insiden membaling objek dipercayai mercun ke atas sebuah rumah sewa di Jalan Bukit Assek di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zailanni Amit berkata, seorang pengadu wanita berusia 25 tahun dikejutkan oleh bunyi letupan dari arah luar rumahnya ketika dia berada di dalam bilik sekitar jam 9 pagi kelmarin.

“Pengadu terus keluar dan ternampak asap di bahagian hadapan rumah.

Dia turut mendapati kerosakan pada dua pintu kayu di bahagian depan rumah, manakala cermin tingkap bahagian depan rumah di tingkat bawah dan atas telah

Rumah sewa terbabit jenis memanjang dan kejadian dipercayai ada kaitan dengan perselisih­an faham antara jiran terbabit. ACP Zailanni Amit Ketua Polis Daerah Sibu

pecah,” ujarnya.

Menurut Zailanni, selepas melakukan pemeriksaa­n, pengadu mempercaya­i kerosakan terbabit berpunca daripada letupan mercun.

“Pihak polis yang dimaklumka­n kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk membuat siasatan dan tiada serpihan mercun dikesan.

“Hanya kesan hitam dijumpai dan dipercayai bukan daripada jenis mercun kelapa,” katanya.

Kejadian itu, jelasnya, dipercayai berpunca dari rasa tidak puas hati antara pengadu dan suspek.

Empat suspek terbabit terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita telah direman selama tiga hari sehingga 17 Oktober ini bagi membantu siasatan.

Menurut Zailanni lagi, kesemua suspek menyewa di rumah yang sama.

“Rumah sewa terbabit jenis memanjang dan kejadian dipercayai ada kaitan dengan perselisih­an faham antara jiran terbabit,” katanya.

 ??  ?? ROSAK: Keadaan kerosakan rumah yang dikatakan akibat objek mercun.
ROSAK: Keadaan kerosakan rumah yang dikatakan akibat objek mercun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia