Utusan Borneo (Sarawak)

RM500j naik taraf telekomuni­kasi dibentang Nov

Sebahagian peruntukan RM1 bilion dijangka dibentang dalam Bajet 2018 pada sidang DUN: KM

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Kerajaan negeri dijangka membentang­kan RM500 juta dalam Bajet 2018 sebagai peruntukan infrastruk­tur utama telekomuni­kasi pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) November depan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ia merupakan sebahagian peruntukan RM1 bilion untuk tujuan yang telah diumum beliau sebelum ini.

“Tunggu untuk pembentang­an Bajet 2018 pada November ini. Kita akan membawa ini iaitu infrastruk­tur utama (telekomuni­kasi) yang mana saya memperuntu­k RM1 bilion untuk ini.

“Memandangk­an kita tidak dapat melaksanak­an ia dalam masa setahun dan fasa pertama RM500 juta pada November ini, sementara fasa kedua akan dibawa kemudian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Forum Belia TEGAS 2017 yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Terdahulu semasa menyampaik­an forum berkenaan beliau Sarawak komited dalam menaik taraf Internet di negeri ini dengan memperuntu­kkan RM1 bilion bagi perkara itu.

Jelasnya ia selari dasar kerajaan negeri ke arah ekonomi digital melalui kerja menaik taraf kelajuan perkhidmat­an Internet di bandar dan luar bandar negeri ini.

Mengulas mengenai ‘Big Data Sarawak’ (BDS) Abang Johari berkata ia dijangka dilaksana pada April 2018.

“Kita akan laksana pada April 2018 dan ia hanya untuk

Tunggu untuk pembentang­an Bajet 2018 pada November ini. Kita akan membawa ini iaitu infrastruk­tur utama (telekomuni­kasi) yang mana saya memperuntu­k RM1 bilion untuk ini. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

data atau maklumat mengikut keperluan di Sarawak yang lebih telus.

“Jika kerajaan persekutua­n mahu, satu hari nanti kita boleh bekerjasam­a jika mereka mahu berkongsi data mereka melalui BDS,” katanya.

Namun buat masa ini BDS hanya untuk Sarawak dan ia merupakan satu hab yang mana semua maklumat berkaitan infrastruk­tur seperti pertanian dan sebagainya dapat diperolehi.

Pada forum berkenaan beliau menegaskan semua belia di negeri ini memainkan peranan penting kepada pembanguna­n Sarawak ke arah ekonomi digital.

“Saya percaya anak Sarawak berkeboleh­an dan berbakat dengan bersama kita membangunk­an Sarawak,” katanya.

Program Forum Belia TEGAS (Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak) itu semalam turut dihadiri Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat), Abdullah Saidol dan Pengerusi TEGAS, Datu Len Talif Salleh.

 ??  ?? SESI FORUM: Abang Johari menjawab pertanyaan daripada belia yang terlibat semasa sesi soal jawab forum yang diadakan dan turut kelihatan Len Talif (kiri).
SESI FORUM: Abang Johari menjawab pertanyaan daripada belia yang terlibat semasa sesi soal jawab forum yang diadakan dan turut kelihatan Len Talif (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia