Utusan Borneo (Sarawak)

Kolej Komuniti komited lahir pelajar jadi usahawan berjaya

-

KUCHING: Kolej Komuniti komited dalam melahirkan usahawan kalangan pelajar dan graduan seperti mana dihasrat dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025.

Pengarah Bahagian Akademik dan Pendidikan Berterusan, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, Wan Izni Rashiddi Wan Mohd Razalli berkata, pelbagai inisiatif dilaksanak­an dalam memastikan budaya keusahawan­an dapat diwujudkan secara holistik dalam ekosistem pendidikan di kolej ini.

Mengambil contoh Program ‘Doing Business While Study,’ Kolej Komuniti Sarawak katanya berjaya meraih jumlah jualan sebanyak RM16,121.70 bagi tahun 2017 melibatkan penyertaan seramai 115 orang pelajar.

Menerusi penubuhan inkubator keusahawan­an pula, usahawan pelajar mampu menjana pendapatan dengan nilai jualan terkumpul sehingga Julai 2017 sebanyak RM41,812 bagi inkubator sesi Julai 2016 hingga Julai 2017.

“Saya ingin berkongsi kejayaan graduan Kolej Komuniti Betong iaitu, Mohamad Firdaus Bohari yang menubuhkan sebuah syarikat khusus dalam penghasila­n skulptur hasil pembelajar­annya dalam Sijil Teknologi Senibina.

“Kejayaan graduan ini membuktika­n bahawa grad- uan Kolej Komuniti mampu mengimplem­entasikan pengetahua­n dan kemahiran yang telah dipelajari dengan pendapatan mencecah RM20,000 sebulan.

“Saya yakin dan percaya kejayaan ini akan menjadi pemangkin semangat kepada graduan yang lain sekali gus melahirkan lebih ramai usahawan pelajar dan graduan Kolej Komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesye­n Kolej Komuniti Negeri Sarawak 2017 di Dewan Majma Tuanku Abd Halim Mu’adzam Shah di sini semalam.

Tambah Wan Izni, seiring dengan menyahut cabaran revolusi perindustr­ian ke-4 atau era ‘Internet of Things,’ Kolej Komuniti menawarkan program- program baharu yang dibangunka­n bersama industri.

Antara program baharu tersebut ialah Sijil Industry Internet of Things (IIOT) di Kolej Komuniti Seberang Jaya, Pulau Pinang yang dibangunka­n melalui kerjasama industri berlandask­an Industri 4.0.

Selain itu, Kolej Komuniti juga menawarkan Diploma Animasi 3D secara ‘Work-Based Learning ( WBL)’ dengan kolaborati­f syarikat Kromosom Lab Sdn Bhd dan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Begitu juga dengan beberapa program baharu lain seperti Diploma in Rolling Stock Maintenanc­e secara WBL di Kolej Komuniti Kelana Jaya, Selangor dan Diploma in Signalling and Communicat­ion secara WBL di Kolej Komuniti Masjid Tanah dan Diploma Teknologi Automotif (Bas Elektrik) secara WBL di Kolej Komuniti Kepala Batas.

“Program pengajian ditawarkan Kolej Komuniti dibangunka­n bersama pihak industri dan mendapat pengiktira­fan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang membolehka­n semua graduan menceburi bidang pekerjaan ataupun melanjutka­n pengajian ke peringkat Diploma, Ijazah dan selanjutny­a.

“Komitmen dan kesungguha­n serta kerjasama berterusan ini telah berjaya memastikan kebolehpas­aran graduan Kolej Komuniti berada pada tahap 97.2 peratus pada 2016 dimana 76.7 peratus merupakan graduan TVET yang mendapat pekerjaan sejurus tamat pengajian,” katanya.

 ??  ?? BERKUALITI: Graduan Kolej Komuniti adalah berkualiti dengan kebolehpas­aran 97.2 peratus sejurus tamat pengajian.
BERKUALITI: Graduan Kolej Komuniti adalah berkualiti dengan kebolehpas­aran 97.2 peratus sejurus tamat pengajian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia