Utusan Borneo (Sarawak)

Usahawan Bumiputera harus rebut manfaat kemudahan PPP

-

LAWAS: Golongan usahawan Bumiputera digalak terlibat perniagaan komersial sekali gus memanfaatk­an kemudahan Pusat Pengumpula­n Produk ( PPP) yang disedia kerajaan bagi memasar produk tempatan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata PPP yang akan dibina di Lawas merupakan satu usaha berterusan kerajaan bagi membantu peniaga mengembang perniagaan perniagaan masing-masing.

Jelasnya Sarawak mempunyai pelbagai sumber mendapat permintaan tinggi peringkat global termasuk buah durian, serta produk tempatan lain Ikan tahai, belacan Bintulu, tebaloi, ambuyat, gula apong, kraf tangan dan sebagainya.

“Kerajaan menggalak usahawan melibatkan diri dalam bidang komersial. Usaha ini memerlukan sumber banyak untuk dipasar di peringkat global melalui e-Dagang dan PPP di luar negara termasuk Korea dan China,” katanya ketika merasmi Jerayawara Satu Daerah Satu industri (SDSI) di Lawas semalam.

Awang Tengah juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan juga Menteri Kedua Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli berkata, kerajaan menubuh TERAJU bagi mengangkat warga pengusaha dan peniaga.

“Usahawan dalam kalangan Bumiputera mempunyai po- tensi dibantu untuk meningkatk­an dan mengembang­kan perniagaan menjadi syarikat gergasi meliputi semua sektor termasuk aspek latihan dan kemahiran,” katanya.

Jelasnya, selain TERAJU pelbagai agensi lain turut menyediaka­n pelbagai latihan, dan bimbingan, perkhidmat­an serta bank kerajaan menyediaka­n pinjaman mudahmerek­a mengembang perniagaan .

Katanya lagi Sarawak merupakan destinasi pelaburan utama di Malaysia.

“Sarawak antara negeri yang berjaya menarik banyak pelaburan dari dalam dan luar iaitu kedudukan tiga negeri teratas dinegeri ini.

Kejayaan ini memberi impak besar terhadap pembanguna­n Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dalam semua sektor,”katanya.

Jelas Awang Tengah kerajaan menyedari sumbangan IKS di seluruh negeri ini begitu besar terhadap pembanguna­n ekonomi negara .

“Kadar pertumbuha­n dalam negara kita ( GDP) 4.5 hingga 5 peratus. Tetapi sektor Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) merupakan pemyumbang paling besar dengan mencatatka­n peningkata­n ekonomi sebanyak antara enam hingga tujuh peratus,” katanya.

Beliau berkata kerajaan akan terus memberi tumpuan terhadap IKS dalam memacu ekonomi penduduk dari segi bantuan kewangan, perkhidmat­an melalui agensi dan bank kerajaan, pinjaman mudah berbanding di negara lain.

Terdahulu Menteri Muda Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Usahawan Datuk Naroden Majais berkata, Sarawak memenangi 10 kali berturuttu­rut dalam produk pelanconga­n, inap desa, produk kayu dan kraf tangan sejak SDSI diperkenal 2006 di negara ini.

Kemenangan itu katanya menunjukka­n produk Sarawak berkualiti dan berupaya di peringkat nasional dan global.

Katanya jerayawara SDSI diadakan di Lawas dapat mempamerka­n produk yang terpilih di semua bahagian termasuk di kawasan pedalaman dan perluas ke pasaran lebih besar.

Pada masa sama katanya usahawan boleh mewujud jaringan dan rangkaian perniagaan, serta merangka strategi menggalak pasaran luar bandar ke global.

Turut hadir isteri Awang Tengah Datuk Morliah Datuk Awang Daud, Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Datuk Henry Sum Agong, Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Residen Limbang Datu Maria Hasman dan Pegawai Daerah Lawas Hussaini Hakim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia