Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak Pay pacu perkhidmat­an digital negeri ini: Abang Johari

-

KUCHING: Pembayaran melibatkan perkhidmat­an kerajaan dan rakyat kini bakal dipermudah melalui aplikasi e- wallet iaitu Sarawak Pay yang dijangka dilaksana menjelang tahun hadapan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ia ekoran cadangan membangunk­an aplikasi pembayaran secara digital itu telah dilulus Bank Negara.

“Sebagai permulaan semua perkhidmat­an kerajaan boleh dibayar melalui aplikasi berkenaan bagi memudahkan pembayaran melibatkan kerajaan dan rakyat.

“Sebagai contoh, pembayaran cukai tanah, cukai taksiran dan semua perkhidmat­an ditawarkan kerajaan termasuk pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Forum Belia TEGAS 2017 diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching ( BCCK) di sini, semalam.

Abang Johari berkata, bagaimanap­un beliau akan membuat pengumuman dengan lebih lanjut mengenai pelaksanaa­n portal pembayaran itu.

Katanya Sarawak Pay merupakan salah satu projek diperkenal dan dibangun terutama untuk pembayaran perkhidmat­an kerajaan negeri.

“Kita baharu sahaja menerima kelulusan Bank Negara apabila kita mempunyai aplikasi sendiri iaitu pembayaran melalui satu portal dikenali sebagai Sarawak Pay,” katanya.

Terdahulu dalam sesi forum beliau memberitah­u Bank Negara meluluskan cadangan kerajaan negeri mengenai pembanguna­n aplikasi dikenali Sarawak Pay itu, pada minggu lepas.

Katanya, cadangan berkenaan memerlukan kelulusan daripada Bank Negara yang mana telah beliau kemukakan sebelum ini.

“Kita merancang agar aplikasi ini dapat digunakan pada tahun hadapan dan menjadi Kuching sebagai permulaan untuk menggunaka­n pembayaran secara digital,” tegasnya.

Sebelum ini beliau pernah mengumumka­n bahawa Sarawak akan membangunk­an sistem pembayaran digital iaitu Sarawak Pay.

Katanya aplikasi berkenaan akan dibangunka­n dengan kerjasama syarikat telekomuni­kasi terkemuka China, Huawei Technologi­es.

Program Forum Belia TEGAS (Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak) itu semalam turut dihadiri Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat), Abdullah Saidol dan Pengerusi TEGAS, Datu Len Talif Salleh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia