Utusan Borneo (Sarawak)

Lahir graduan TVET langkah terbaik bentuk negara maju

-

KUCHING: Latihan pendidikan teknikal dan vokasional atau TVET merupakan satu usaha penting kepada negara untuk mencapai status negara maju.

Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee berkata jika diperhati negara maju seperti Jerman, mereka menyusun langkah awal memastikan setiap warganegar­a mengikuti kursus vokasional atau teknikal.

Malah menurut Dr Annuar, negara Jerman mempunyai sistem dikenali sebagai dual sistem di mana setiap rakyat selepas umur 16 tahun boleh mengikuti kursus ini.

Sebab itu katanya, peranan dimainkan graduan terutama dalam bidang TVET amat penting untuk memastikan negara mencapai lebih banyak kemajuan di masa akan datang.

“Apatah lagi dengan pendekatan diambil kerajaan negeri supaya kita berganjak kepada ekonomi digital yang memerlukan penglibata­n belia mahir terutama dalam bidang TVET.

“Sebab itu saya menggesa kepada ibu bapa masih tidak percaya betapa pentingnya TVET supaya mengubah persepsi ini kerana masa depan anak-anak dalam bidang ini adalah cerah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesye­n Kolej Komuniti Negeri Sarawak 2017 di Dewan Majma Tuanku Abd Halim Mu’adzam Shah di sini semalam.

Bercakap mengenai konvokesye­n tersebut, Dr Annuar berkata sijil diterima oleh graduan semalam merupakan langkah pertama untuk mereka mencapai masa depan yang lebih baik.

“Kejayaan hari ini (semalam) membawa maksud besar bukan sahaja kepada diri graduan tetapi lebih utama kepada negeri dan negara ini serta ibu bapa masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, seramai 326 orang pelajar menerima sijil masing- masing pada konvokesye­n semalam meli- batkan enam buah Kolej Komuniti iaitu Mas Gading, Miri, Sarikei, Kuching, Betong dan Santubong.

Semua graduan ini merupakan lulusan dari 11 bidang kemahiran iaitu Fesyen dan Pakaian, Pelukis Pelan Senibina, Pelanconga­n dan Penggembar­aan, Landskap, Teknologi Maklumat, Reka Bentuk Dalaman, Penyenggar­aan Industri, Kulinari, Sistem Komputer dan Sokongan serta Pemasangan Elektrik.

Pada konvokesye­n tersebut, Dr Annuar mewakili Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg turut menyampaik­an Anugerah Pelajar Cemerlang, Anugerah Usahawan Kolej Komuniti dan Anugerah Ketua Pengarah.

Anugerah Ketua Pengarah disampaika­n kepada Jordan Jelis yang merupakan pelajar Sijil Aplikasi Perisian Komputer dari Kolej Komuniti Mas Gading manakala Anugerah Usahawan Kolej Komuniti disampaika­n kepada Greresle Flavianus, pelajar Sijil Fesyen dan Pakaian dari Kolej Komuniti Kuching.

Turut hadir, Pengarah Bahagian Akademik dan Pendidikan Berterusan, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, Wan Izni Rashidi Wan Mohd Razalli, Senator Dr Zaiedi Suhaili, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing merangkap Ahli Jawatankua­sa Penasihat Kolej Komuniti Sarikei serta yang lain.

 ??  ?? KENANGAN: Dr Annuar (lima kanan) merakamkan gambar bersama Jordan (lima kiri). Turut kelihatan ibu dan bapa Jordan, Jelis Fahin (tiga kiri) dan Margrate (empat kiri) serta nenek dan datuknya, Nogep Reka (kanan) dan Fahin Franchis (dua kanan), Ding...
KENANGAN: Dr Annuar (lima kanan) merakamkan gambar bersama Jordan (lima kiri). Turut kelihatan ibu dan bapa Jordan, Jelis Fahin (tiga kiri) dan Margrate (empat kiri) serta nenek dan datuknya, Nogep Reka (kanan) dan Fahin Franchis (dua kanan), Ding...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia