Utusan Borneo (Sarawak)

Perkasa komuniti dalam aktiviti kemasyarak­atan

IPTA harus berperanan melalui penyelidik­an, penyebaran ilmu dan kerjasama dengan agensi berkaitan

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Institusi pengajian tinggi awam (IPTA) digesa memainkan peranan dalam memperkasa komuniti agar lebih proaktif dalam aktiviti kemasyarak­atan melalui penyelidik­an, penyebaran ilmu dan jalinan kerjasama bersama agensi berkaitan.

Perkara itu disuarakan Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah pada majlis penyampaia­n hadiah pertanding­an tarian sempena Pesta Buku Borneo 2017 di Pusat Beli-Belah Plaza Merdeka di sini, semalam.

Beliau memberitah­u, kesejahter­aan keluarga dan komuniti merupakan agenda utama seiring dengan pembanguna­n negara yang semakin rancak.

“Keutamaan ini dapat dilihat dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang menekankan signifikan institusi keluarga dengan pemerkasaa­n komuniti untuk membina masyarakat yang produktif dan sejahtera.

“Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) adalah institusi di mana selama tempoh 25 tahun ini telah menyumbang kepada kesejahter­aan komuniti melalui platform kerja amal, aktiviti pelajar dan hasil penyelidik­an yang berkonsepk­an ‘Beri Balik Kepada Komuniti’,” katanya.

Pada masa sama, Fatimah mengambil contoh penganjura­n Pesta Buku Borneo 2017 yang sememangny­a untuk memupuk keterlibat­an keluarga, pelajar, pendidik dan masyarakat.

“Ini jelas menzahirka­n pemerkasaa­n komuniti dan amat bertepatan dengan Wawasan 2020, berpegang pada prinsip keutamaan ini, Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak menyumbang sejumlah RM300,000 bagi tajaan hadiah acara Pesta Buku Borneo 2017,” tambahnya.

Mengulas lanjut mengenai pesta buku itu, beliau menjelaska­n ia dapat mengetenga­hkan aktiviti yang bertemakan khazanah Borneo dan membawa mesej berteraska­n ilmiah serta mengeratka­n kemesraan keluarga, komuniti, pelajar dan pendidik.

“Marilah kita bersamasam­a memupuk minat kanakkanak dan generasi muda untuk membaca serta menghayati keistimewa­an Borneo melalui penerbitan sedia ada,” ujarnya.

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) adalah institusi di mana selama tempoh 25 tahun ini telah menyumbang kepada kesejahter­aan komuniti melalui platform kerja amal, aktiviti pelajar dan hasil penyelidik­an yang berkonsepk­an ‘Beri Balik Kepada Komuniti’. Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

 ??  ?? TAHNIAH: Fatimah merakam kenangan bersama pemenang pertanding­an tarian sempena Pesta Buku Borneo 2017.
TAHNIAH: Fatimah merakam kenangan bersama pemenang pertanding­an tarian sempena Pesta Buku Borneo 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia