Utusan Borneo (Sarawak)

Beri peluang pelajar luar bandar nikmati sekolah maju, membangun

-

MUKAH: Penduduk di kawasan pedalaman dan khusus di bahagian pesisir pantai turut harus diberi peluang dalam aspek pembanguna­n pendidikan.

Ahli Dewan Undangan Negri ( ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya berkata, hanya dua sekolah kawasannya merupakan sekolah bangunan baharu dan selebihnya bangunan usang berusia setengah abad.

“Di kawasan Jemoreng, hanya Sekolah Kebangsaan ( SK) Igan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua ( SJKC) Matu sahaja merupakan sekolah bangunan baharu dan dibina dengan bahan konkrit,” katanya kepada Utusan Borneo semalam. katanya

Itu pun kata Juanda, untuk SJKC Matu pembinaan bangunan baharu masih belum siap sepenuhnya.

Bagaimanap­un, beliau berkata, walaupun sedar kebanyakan sekolah terlalu daif dan sebahagian­nya kurang murid, namun pencapaian dalam bidang akademik cukup cemerlang.

“Sebab ada antara sekolah ini menjadi sekolah kluster di peringkat kebangsaan seperti SK Kebuaw, SK Sg Ilas dan SK Igan,” jelasnya.

Juanda memberitah­u, beliau mewakili penduduk di kawasannya percaya pelajar juga turut punya kemampuan untuk jadi pelajar cemerlang dengan rekod sedia ada.

“Bayangkan jika sekiranya bangunan mereka dan kemudahan lengkap seperti sekolah di bandar diperolehi, pelajar luar bandar akan lebih cemerlang kerana mereka akan lebih fokus untuk belajar,” ujarnya.

Ini kerana suasana serta kemudahan pendidikan lebih baik dan kondusif diperolehi berbanding sebelumnya.

Beliau percaya, usaha Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Naji Razak adalah lambang seriusnya pihak kerajaan negeri dan persekutua­n meningkatk­an daya saing pendidikan rakyat Sarawak.

“Ini selaras hasrat kerajaan mendepani zaman ekonomi digital di mana hanya rakyat yang mendapat akses pendidikan yang berkualiti akan mampu memastikan kejayaan citacita melonjakka­n pembanguna­n negeri dan negara ke aras lebih tinggi,” tambah Juanda.

 ??  ?? JUANDA
JUANDA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia