Utusan Borneo (Sarawak)

Enam rumah panjang Batu Besai bakal dihubung jalan raya berturap

-

SRI AMAN: Penantian sejak sekian lama memiliki sebuah jalan raya berturap bakal membawa berita gembira kepada enam rumah panjang Kampung Batu Besai Sri Aman setelah kerajaan bersetuju menaik taraf jalan sepanjang 2.8 kilometer dari Po-Ai, Melugu menuju ke kampung berkenaan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat berkata, kerajaan menerusi Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ( KKLW) baru- baru ini meluluskan peruntukan berjumlah RM500,000 bagi tujuan menaik taraf jalan yang bakal dilaksana sedikit masa lagi.

Menurutnya, tender untuk melaksanak­an projek menaik taraf jalan berkenaan akan dibuka pada penghujung tahun ini atau awal tahun hadapan.

“Peringkat pertama ini, kerajaan akan melaksanak­an kerja menaik taraf jalan ini sepanjang 2.8 kilometer terlebih dahulu dan menyambung­nya 4.4 kilometer seterusnya dan meneruskan lagi 1.6 kilometer peringkat seterusnya,” ujarnya.

Masir juga Ahli Parlimen Sri Aman berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan Timbalan Menteri Dalam Negeri II Bersama Ketua Jabatan Kerajaan Persekutua­n dan Negeri, Pertubuhan Bukan Kerajaan ( NGOs), Ketua Masyarakat dan Masyarakat Setempat bertempat di Dewan Saint John, Chapel Melugu di sini, kelmarin.

Beliau berkata, projek menaik taraf jalan ini nanti bakal membawa keceriaan kepada sebanyak enam rumah panjang di Kampung Batu Besai, Sri Aman yang melibatkan Rumah Panjang Mengga, Rumah Kedeni, Rumah Jelang, Rumah Loius, Rumah Sedok dan Rumah Badak.

“Bukan setakat itu sahaja, sebuah rumah panjang di kawasan Panggau iaitu Rumah Connie, Panggau juga bakal menerima maanfaat terhadap projek ini.

“Sebagai wakil rakyat Parlimen Sri Aman ini, saya juga tumpang gembira apabila dimaklum bahawa kerajaan meluluskan sejumlah peruntukan bagi menaik taraf jalan ini yang bakal membuka pembanguna­n baharu kawasan Batu Besai nanti,” jelasnya.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan Datuk Mong Dagang, Residen Bahagian Sri Aman Indit Banggai, Pegawai Daerah Sri Aman Ismawie Salleh, Pengarah Jabatan Pendaftara­n Negara (JKN) Sarawak Jasni Jabli, Pengerui JKKK Skim Melugu Tuai Rumah Robin serta yang lain.

Pada majlis itu, Masir turut mengumumka­n peruntukan bagi tahun 2018 berjumlah RM100,000 kepada Jawatankua­sa Dewan manakala RM10,000 untuk tujuan menembok dan membuat pagar dewan.

Mong juga turut mengumumka­n peruntukan berjumlah RM50,000 untuk tujuan menukar tali wayar elektrik dewan, manakala RM40,000 lagi diagihkan kepada Chapel Saint John untuk tujuan sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia