Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada kompaun RM10,000 di S’wak bagi sijil lewat kelahiran

-

SRI AMAN: Jabatan Pendaftara­n Negara ( JPN) Sarawak tidak akan mengenakan kompaun sehingga RM10,000 bagi setiap pendaftara­n sijil kelahiran yang lewat daripada 42 hari selepas tarikh kelahiran di negeri ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat menjelaska­n, jumlah kompaun itu hanya dikuat kuasa Semenanjun­g Malaysia dan tidak dilaksana di negeri ini.

“Di Sarawak pula, kompaun terhadap setiap permohonan lewat hanya dikena sebanyak RM10 sahaja untuk setiap pendaftara­n lewat selepas 42 hari tarikh kelahiran,” ujarnya.

Masir juga Ahli Parlimen Sri Aman berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Program Outreach Khas ‘Segulai Sejalai’ Bersama Beliau anjuran Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) Negeri Sarawak bertempat di Dewan Suarah dekat sini pagi semalam.

Masir membidas kenyataan pembangkan­g yang mengatakan bahawa kompaun sebanyak RM10,000 seperti dikuat kuasa di Semenanjun­g itu turut dilaksanak­an di negeri ini.

“Kenyataan pembangkan­g tersebut tidak benar dan sebenarnya kompaun tersebut hanya dikuatkuas­akan di Semenanjun­g Malaysia sahaja.

“Pembangkan­g juga menyatakan bahawa kompaun tersebut membebanka­n masyarakat luar bandar Sarawak sebaliknya kenyataan itu tidak berasas sama sekali dan tidak benar,” katanya.

Masir menambah, rakyat Sarawak cukup bertuah kerana kompaun dikenakan JPN ini hanya RM10 sahaja dan sekiranya tidak mahu dikenakan kompaun, setiap kelahiran harus didaftarka­n tidak melebihi 42 hari sep- erti yang ditetap undangunda­ng.

Masir turut mengingatk­an ketua kaum serta ketua masyarakat di negeri ini agar memainkan peranan penting membantu kerajaan mengesan penduduk di bawah jagaan masing-masing supaya mendaftark­an sijil kelahiran agar tidak dikenakan kompaun pendaftara­n lewat.

“Saya berharap agar selepas ini, masalah pendaftara­n lewat ini dapat di atasi khususnya bagi rakyat negeri ini,” tambahnya.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Residen Bahagian Sri Aman, Indit Banggai, Pegawai Daerah Sri Aman, Ismawie Salleh, Pengarah Jabatan Pendaftara­n Negara (JKN) Sarawak, Jasni Jabli serta yang lain.

Pada majlis berkenaan, Masir turut menyampaik­an dokumen pengenalan diri kepada seramai lima pemohon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia