Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan negeri lantik Samling baik pulih jalan rosak Ba’Kelalan

-

LAWAS: Kerajaan negeri bersetuju melantik Syarikat Samling untuk membaik pulih jalan Ba’Kelalan yang kini kritikal dengan peruntukan berjumlah RM36 juta bermula tahun ini.

Timbalan Menteri Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Datuk Henry Sum Agong berkata pihaknya telah memaklumka­n masalah itu kepada Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof pada Julai dan Oktober lepas.

Hasil pertemuan itu juga katanya pihak menerima maklum balas masalah kerosakan jalan Ba’Kelalan kini agak kritikal akan dibaiki dengan melantik Syarikat Samling untuk membaik pulih jalan itu.

“Kita perlu menjalanka­n kerja pembaikan dengan meminta syarikat Samling untuk membaiki jalan berkenaan dengan peruntukan RM36 juta dari kerajaan.

“Samling juga sudah diarah mempercepa­tkan kerja membaik pulih jalan bermula tahun ini juga,” katanya ketika ditemui media selepas perasmian Jerayawara Satu Daerah Satu industri (SDSI) di Lawas semalam.

Henry juga Ahli Parlimen Lawas berkata kerajaan menjalanka­n usaha membaiki jalan itu bukan seperti pengguna laman sosial dan blogger memburuk dan memperbesa­rkan isu tanpa melakukan inisiatif membantu kerajaan. Katanya jalan Ba’Kelalan sebelum ini dibaik pulih Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah Projek Jiwa Murni untuk dilalui kenderaan ringan.

“Bagaimanap­un selepas pembanguna­n berlaku di tanah tinggi itu, kenderaan lebih 10 tan juga menggunaka­n jalan berkenaan menyebabka­n jalan itu cepat rosak,” dedahnya lagi.

Selain jalan Ba’Kelalan, pembinaan Hospital Baharu Lawas fasa kedua (pembinaan bangunan) akan bermula selepas proses tender selesai.

Pembinaan Hospital Lawas yang bernilai sekitar 200 juta amat diperlukan rakyat di daerah ini untuk menikmati kemudahan kesihatan terbaik.

Selain itu pelbagai projek mega di Lawas juga bakal dilaksana membabitka­n infrastruk­tur asas, jalan raya, pembinaan CIQ Ba’Kelalan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas baharu, Lapangan Terbang Baharu, Pembanguna­n Kawasan Tanah Tinggi Pedalaman (HDA) Ba’kelalan, empangan dan projek lain.

 ??  ?? HENRY
HENRY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia